WhatsApp our business consultants: +601117227604

StoreHub vs Sistem Daftar Tunai Manual: POS Terbaik Untuk Bisnes Anda!

Seorang wanita bertudung sedang memegang pen dan kertas untuk menyemak stok inventori.

Anda dah terbiasa guna sistem daftar tunai manual untuk bisnes anda? Tekan-tekan, laci wang terbuka. Tapi kawan-kawan dan pesaing bisnes anda semua dah pakai sistem POS automatik seperti StoreHub.

Walaupun anda dah tahu tentang kelebihan sistem POS automatik, anda masih tak yakin untuk level-up operasi bisnes anda. 

Kami faham bukan senang pemilik bisnes seperti anda nak buat keputusan.

Jadi, kami sediakan panduan yang lengkap dan terkini mengenai StoreHub dan sistem daftar tunai manual untuk bantu anda buat pilihan yang tepat.

Apa itu sistem daftar tunai manual?

Seorang juruwang wanita sedang berdiri di hadapan sistem daftar tunai manual sambil memegang ipad.

Sistem daftar tunai manual adalah mesin wang yang merekod jumlah bayaran dan memproses wang pada hari perniagaan. 

POS manual ini sangat popular pada waktu dahulu dan masih digunapakai dalam kebanyakan bisnes termasuk industri makanan dan minuman (F&B) dan retail di Malaysia. 

Sistem ini sangat mudah untuk digunakan – hanya perlu masukkan harga barangan dan anda akan dapat kiraan jumlah produk dan baki pembayaran. 

Ciri-ciri sistem daftar tunai manual di Malaysia

Ciri-ciri utama yang terdapat pada sistem daftar tunai manual adalah: 

  • Sistem POS: bantu juruwang untuk kira jumlah barangan.
  • Pengimbas barcode: dapat scan barang yang ada kod bar sahaja.
  • Penggunaan bateri: boleh pakai tanpa WiFi dan bekalan elektrik tapi bateri perlu ditukar dari semasa ke semasa.
  • Kunci keselamatan: hanya pemegang kunci dapat turn on POS dan lakukan pembetulan pulangan barang.

Apa itu StoreHub?

Seorang juruwang lelaki sedang tersenyum sambil menunggu untuk mengambil pesanan pelanggan.

StoreHub adalah sistem POS all-in-one yang direka khas untuk pelbagai jenis perniagaan. 

Peniaga seperti anda dapat nikmati ekosistem yang lengkap kerana sistem ini dilengkapi dengan lebih 30+ ciri seperti QR Order & Pay, pengurusan inventori, laporan & analitik, pemasaran SMS automatik dan program loyalti.

Jom tonton video ringkas ini untuk tahu tentang sistem POS StoreHub. 

Ciri-ciri StoreHub di Malaysia

Berikut adalah antara ciri utama yang ditawarkan oleh StoreHub: 

  • Sistem POS: senangkan anda untuk urus operasi bisnes dengan lancar dan sistematik. 
  • QR Order & Pay: kurangkan kesilapan order kerana order akan terus dihantar ke dapur.
  • Pengurusan Inventori: mudahkan anda untuk tahu produk terlaris dan elakkan daripada masalah terlebih dan terkurang stok. 
  • Program Loyalti & Cashback: tingkatkan jualan dengan promo dan diskaun. 
  • Pemasaran SMS automatik: naikkan lagi keuntungan dengan tarik pelanggan kembali ke restoran/kedai anda.
  • Edagang: beri peluang kepada anda untuk bina, urus dan kembangkan platform bisnes online.
  • Pesanan atas talian untuk F&B: naikkan margin keuntungan – pelanggan dapat pilih untuk pesan dan hantar secara online, serta pick-up sendiri di kedai anda. 
  • Pengurusan pekerja: kawal clock-in/out pekerja secara online dan sistematik.
  • Pengurusan pelbagai lokasi kedai: urus beberapa cawangan kedai anda dengan mudah dalam satu sistem. 

Melati Hatta, atau lebih dikenali sebagai Tante Mel berpuasa hati apabila QR Order & Pay bantu operasi bisnes beliau menjadi lebih lancar di samping kurangkan bayaran kos overhead. 

Ketahui bagaimana Rumah Makan Cibiuk, Kota Warisan berjaya survive pandemik melalui video ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by StoreHub (@storehubpos)

Perbandingan: StoreHub vs Sistem Daftar Tunai Manual

Jom lihat perbandingan ciri-ciri dan harga antara StoreHub and Sistem Daftar Tunai Manual di bawah!

  StoreHub Sistem Daftar Tunai Manual
Produk utama Sistem POS, QR Order & Pay, CRM, Program Loyalti Sistem POS, pengimbas barcode, kunci keselamatan
Harga Perkakas/Hardware POS Bermula dari RM1,450

*Bayaran 1x untuk perkakas/hardware POS
Serendah RM799
Harga Software  Bermula dari RM108/bulanan

*Nikmati lebih dari 30+ ciri terbaik
Tidak mempunyai sebarang software kerana ia hanya berfungsi untuk rekod jumlah bayaran sahaja.
Integrasi Perakaunan Ya Tidak
Integrasi Penghantaran Makanan Ya Tidak
Ciri-ciri tambahan – Laporan & analitik
– Pengurusan inventori
– Pengurusan pelbagai lokasi kedai
– Pengurusan pekerja
– E-dagang
– Pesanan online & pick-up
– Program Loyalti (promo & Cashback) 
– Laporan jualan harian
– Penggunaan bateri atau suis

Laporan & Analitik Jualan: StoreHub vs Sistem Daftar Tunai Manual

Dua orang pembeli wanita sedang memilih tudung di kedai tudung.

Berdasarkan SME Info, sangat penting untuk peniaga ambil tahu dan rekod jualan untuk tahu keuntungan atau kerugian yang mereka dapat.

Walaupun sistem daftar tunai manual dapat kirakan jumlah jualan harian, anda masih perlu tambah dan tolak secara manual untuk tahu tentang jualan yang tercicir, mingguan serta tahunan. 

Oleh itu, sistem POS automatik lebih senang untuk digunakan kerana ia dapat berikan laporan jualan yang terkini, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ia juga dapat jimatkan masa dan tenaga anda daripada mengira jualan satu per satu. 

Laporan jualan terkini berdasarkan hari, minggu dan tahun dapat dilihat melalui Laporan & Analitik StoreHub. Anda dapat kenal pasti waktu peak hours dan menu/produk terlaris bisnes anda dengan mudah.

Selain itu, ia menyenangkan anda untuk merangka strategi jualan berdasarkan laporan terkini. Anda juga dapat akses data bisnes anda menggunakan telefon pintar melalui aplikasi StoreHub Manager

Lihat bagaimana Mervin, pemilik kafe Undisclosed Location menggunakan StoreHub Manager.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by StoreHub (@storehubpos)

Ringkasan: POS mana paling mantap di Malaysia

Seorang wanita bertudung tersenyum sambil memegang ipad di butik pakaian.

Yang paling penting, POS anda sepatutnya bantu uruskan operasi bisnes, naikkan sales serta tingkatkan mutu khidmat pelanggan anda.

Kedua-dua sistem ini ada kelebihan masing-masing. Tapi kalau anda nak automasikan dan mudahkan operasi bisnes anda, sistem all-in-one seperti StoreHub adalah jawapannya!

Dipercayai oleh lebih daripada 15,000 perniagaan F&B dan retail di seluruh Asia Tenggara, StoreHub tawarkan ciri-ciri terbaik untuk kurangkan beban kerja dan berikan lebih masa supaya anda dapat beri lebih tumpuan kepada perkara yang lebih penting iaitu meluaskan bisnes anda. 

Ekosistem POS StoreHub

This publication is provided for general information purposes only and is not intended to cover every aspect of the topics with which it deals. It is not intended to amount to advice on which you should rely. You must obtain professional or specialist advice before taking, or refraining from, any action on the basis of the content in this publication. The information in this publication does not constitute legal, tax or other professional advice from StoreHub or its affiliates. Prior results do not guarantee a similar outcome. We make no representations, warranties or guarantees, whether express or implied, that the content in the publication is accurate, complete or up to date.

Share this Post

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com