WhatsApp our business consultants: +601117227604

StoreHub vs EasyEat: POS Mana Paling Sesuai Untuk Bisnes Anda?

Seorang peniaga lelaki F&B berbaju hitam sedang tersenyum dan bersedia untuk melayan pelanggan.

StoreHub atau EasyEat? Sekali pandang nampak sama sampai anda pun keliru nak pilih sistem point-of-sale (POS) yang mana satu untuk bisnes F&B atau retail anda. Ya lah, alang-alang nak laburkan duit mesti nak yang terbaik, kan?

Sistem POS yang bagus bukan sahaja dapat urus order dan transaksi pelanggan, tapi ia juga dapat bantu kembangkan dan lancarkan bisnes operasi anda dengan efektif dalam jangka masa panjang. 

Sistem POS yang diintegrasikan dengan pelbagai ciri efektif dapat bantu bisnes F&B atau retail anda untuk kumpul data pelanggan dengan mudah, naikkan jumlah jualan dalam waktu singkat, urus stok sedia ada, kawal prestasi pekerja, dan sebagainya.

StoreHub dan EasyEat merupakan sistem POS yang sering digunapakai di Malaysia. Sekali pandang nampak sama, tapi kedua-dua sistem ini ada perbezaan yang tersendiri.

Jadi untuk bantu anda buat pilihan yang tepat, kami sediakan panduan yang lengkap dan terkini mengenai kedua-dua sistem ini.

Apa itu StoreHub?

Dua orang peniaga F&B yang memakai apron kelabu sedang berdiri di hadapan sistem POS StoreHub.

StoreHub merupakan sistem POS all-in-one yang telah membantu lebih dari 15,000 ribu bisnes di seluruh Asia Tenggara untuk berubah dari guna cara manual kepada digital melalui teknologi, menjadikan operasi bisnes harian mereka lebih cekap dan pantas.

Dengan sistem cloud-based, peniaga seperti anda dapat akses dan pantau prestasi bisnes dan pekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Sistem POS StoreHub sesuai untuk pelbagai jenis bisnes termasuk F&B dan retail. Tonton video pendek ini untuk tahu tentang sistem POS StoreHub. 

Ciri-ciri StoreHub di Malaysia

Tak kisahlah anda ada bisnes F&B atau retail, sistem POS StoreHub dapat beri banyak faedah untuk kedua-dua industri ini. Jom lihat bagaimana ciri-ciri utama StoreHub dapat bantu kembangkan bisnes anda. 

Apa itu EasyEat?

Seorang peniaga retail wanita sedang menggunakan sistem POS untuk menyemak inventori bisnes beliau.

EasyEat; salah satu sistem POS di Malaysia yang menyediakan sistem operasi khusus untuk bisnes F&B. 

Sama seperti StoreHub, EasyEat bantu untuk mendigitalkan operasi bisnes para peniaga melalui teknologi daripada menggunakan cara manual. 

Sistem dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh EasyEat hanya sesuai kepada bisnes F&B sahaja. Ini termasuk seperti sistem cloud-based POS, pengurusan inventori serta order dan transaksi pelanggan.

Ciri-ciri EasyEat di Malaysia

Berikut antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh EasyEat: 

  • Sistem POS: digitalkan pengambilan order dan transaksi jualan bisnes F&B.
  • QR Table Ordering: pesan dan bayar melalui telefon pintar pelanggan.
  • Program Loyalti: tawar ganjaran kepada pelanggan tetap.
  • Pengurusan inventori: pengurusan stok melalui sistem POS.

Perbandingan: StoreHub vs EasyEat

Anda dah tahu apa yang StoreHub dan EasyEat tawarkan, sekarang jom kita lihat perbezaan mereka. 

StoreHubEasyEat
Produk utamaSistem POS, QR Order & Pay, CRM, Program LoyaltiSistem POS, QR Table Ordering, Program Loyalti, Pengurusan Inventori
Harga perkakas/hardware POS & softwareHarga perkakas/hardware POS:
– Bermula dari RM1,450
*Bayaran 1x untuk perkakas/hardware POS


Harga software:
– Bermula dari RM108/bulanan
*Dilengkapi dengan lebih dari 30+ ciri terbaik seperti pengurusan stok dan jualan secara real-time, pengurusan pelbagai lokasi kedai dan banyak lagi.
Harga perkakas/hardware POS:
– Bermula dari RM1,700 untuk perkakas/hardware POS


Harga software:
– Bermula dari RM4,500
*Bayaran 1x untuk 7 jenis software
Integrasi perakaunanYaYa
Integrasi penghantaran makananYaYa
Ciri-ciri tambahan– Laporan & analitik
– Pengurusan inventori
– Pengurusan pelbagai lokasi kedai
– Pengurusan pekerja
– E-dagang
– Pesanan online & pick-up
– Program Loyalti (Cashback & store credit)
– Laporan & analitik
– Promosi & pemasaran

Kumpul Data Pelanggan dan Tambah Jumlah Pelanggan Tetap: StoreHub atau EasyEat

Seorang pelayan F&B wanita sedang melambai kepada pelanggan sambil memegang beg makanan pesanan pelanggan.

StoreHub bantu anda kumpul data pelanggan dengan mudah dan cepat tanpa perlu tanya kepada mereka secara manual melalui beberapa cara iaitu: 

  • QR Order & Pay 
  • Kod QR Takeaway 
  • Penghantaran makanan secara online melalui aplikasi Beep 
  • ‘Add customers’ di sistem POS 
  • Kod QR pada resit pembayaran

Kaedah imbas kod QR ini turut diintegrasikan dengan Program Loyalti & Cashback – di mana pelanggan dapat tebus nilai ganjaran secara berterusan. Ini dapat tingkatkan jumlah jualan bisnes anda melalui pembelian berulang dalam waktu yang singkat. 

Selain itu, untuk pastikan pelanggan kembali ke kedai anda, pesanan peringatan SMS seperti Cashback, promo dan tawaran terkini dapat dihantar kepada para pelanggan. Dengan StoreHub Engage, anda dapat pilih pelbagai jenis kempen pemasaran dan hantar SMS tersebut secara automatik tanpa perlu bajet yang besar.

EasyEat juga bantu para peniaga kumpul data pelanggan melalui kaedah QR Table Ordering. Namun, pilihan cara untuk dapatkan maklumat pelanggan hanya terhad kepada satu cara sahaja berbanding dengan StoreHub. 

Ringkasan: POS Mana Paling Sesuai Untuk Bisnes Anda – StoreHub atau EasyEat?

Seorang pelayan F&B perempuan sedang berdiri di hadapan kafe sambil tersenyum.

Pemilihan sistem POS bergantung kepada matlamat bisnes dan cara anda nak urus bisnes untuk jangka masa yang lama. 

Kedua-dua sistem StoreHub dan EasyEat ada kelebihan yang tersendiri. Sekiranya anda adalah peniaga F&B yang hanya perlukan sistem untuk uruskan bisnes harian anda, EasyEat mungkin dapat dijadikan sebagai pilihan. 

Tetapi, jika anda perlukan sistem yang ada pelbagai ciri untuk bantu selesaikan masalah bisnes, tingkatkan kecekapan operasi serta bangunkan bisnes anda dalam masa yang sama, maka sistem all-in-one StoreHub adalah pilihan yang terbaik untuk bisnes F&B atau retail anda. 

Dengan lebih 30+ ciri istimewa StoreHub, anda dapat perbaiki mutu khidmat pelanggan tanpa perlu buat banyak kerja serta tingkatkan jumlah keuntungan dalam waktu singkat!

Berminat untuk tahu bagaimana StoreHub dapat bantu bisnes F&B dan retail anda dengan lebih lanjut? Klik link di bawah untuk berhubung dengan bisnes konsultan kami dengan PERCUMA!

Ekosistem POS StoreHub

Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.

Share this Post

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com