WhatsApp our business consultants: +601117227604

5 Cara Naik Sales Untuk Bisnes Restoran & Kafe Malaysia 2020

StoreHub tips marketing online strategi pemasaran restoran F&B kafe

Orait, dulu kami dah kongsi tips marketing online untuk naikkan sales bisnes anda.

Kali ni pula kami akan kongsi 7 cara dapatkan sales bagi bisnes restoran dan kafe!

Anda akan belajar:

  • Cara dapatkan customer dengan mudah
  • Cara tarik pelanggan dengan program ganjaran kesetiaan
  • Teknik jualan untuk bisnes F&B
  • Cara design menu untuk tingkatkan sales
  • 3 saluran jualan (sales channel) utama
  • dan lain- lain lagi!

Jom baca selanjutnya 7 cara naikkan sales F&B:

1. Tarik customer baru dengan strategi menarik

2. Tingkatkan kesetiaan pelanggan

3. Gunakan pelbagai saluran jualan 

4. Audit aliran operasi

5. Optimumkan reka bentuk menu

1. Tarik customer baru dengan strategi menarik

StoreHub tips cara naik sales marketing online strategi pemasaran F&B restoran kafe tarik customer baru

Kenapa ada je kafe-kafe yang senang dapat customer?

Mungkin rezeki, tapi mungkin just sebab strategi marketing mereka yang menarik! 

Jadi sekarang ni kami nak kongsi beberapa cara untuk menarik pelanggan baru ke restoran atau kafe anda:

2.  Tarik balik pelanggan lama anda

StoreHub tips cara naik sales F&B restoran kafe tarik customer lama pelanggan setia program kesetiaan

Tahu tak, kos untuk dapatkan pelanggan baru adalah 5 – 25 kali lebih mahal berbanding dengan kos menyimpan pelanggan lama anda?

Dan dari data kami di StoreHub, kami mendapati bahawa pelanggan lama biasanya akan berbelanja sehingga 3 kali lebih daripada pelanggan baru.

Jadi ianya amat penting bagi anda untuk menggalakkan pelanggan baru anda untuk pulang kembali ke kafe/restoran anda.

Ini beberapa idea untuk cara membina pelanggan setia:

  • Tawar program pelanggan setia
  • Jalankan hari promosi istimewa bagi pelanggan setia anda (Buy 1 Free 1, 30% diskaun untuk seluruh bill)
  • Berikan makanan/minuman percuma seperti aiskrim atau kek pada hari jadi pelanggan setia anda
  • Tawar promosi makanan pada waktu tertentu seperti masa makan tengahari
  • Jadi hos atau penaja venue untuk event seperti malam trivia, Tahun Baru, dan sebagainya

3. Gunakan pelbagai saluran jualan

StoreHub cara tips strategi naik sales F&B restoran kafe multiple sales channel pelbagai saluran jualan dine-in takeaway pickup makan sini QR order food delivery penghantaran makanan

Bagaimana boleh orang beli makanan anda sekarang?

Jangan berikan mereka satu cara saja.

Berikan customer anda pelbagai cara untuk membeli daripada anda. 

Contoh saluran jualan:

  • Makan di dalam restoran atau kafe (dine-in) 
  • Ambil sendiri pesanan makanan (pick-up)
  • Penghantaran makanan (food delivery)
  • Sistem pesanan makanan QR seperti Beep QR Order (QR food ordering system)

Ini membolehkan anda mendapat lebih banyak pesanan daripada pelbagai jenis pelanggan, di mana saja mereka berada.

Bes kan?

TIP: Untuk jimatkan masa dan tenaga anda daripada mengurus beberapa saluran jualan yang berbeza, gunakan sistem bisnes semua-dalam-satu seperti StoreHub yang menggabung sistem POS, pesanan makanan, penghantaran makanan, ecommerce, dan lain-lain lagi – semua dalam hanya satu platform.

4. Buat audit aliran operasi kafe/restoran anda

StoreHub tips cara naik sales F&B restoran kafe audit aliran operasi

Table turnover rate merupakan suatu sukatan yang amat penting bagi kafe/restoran anda.

Apa itu table turnover rate?

Table turnover rate merupakan nisbah pelanggan yang dilayan dengan jumlah tempat duduk di kedai anda.

Cara kira table turnover rate

1. Pilih tempoh pengukuran seperti:

  • Makan pagi 10am – 11pm
  • Makan tengahari 12pm – 2pm
  • Makan petang 3pm – 5pm
  • Makan malam 6pm – 10pm

2. Dalam suatu tempoh pengukuran, kira berapa kumpulan pelanggan yang boleh anda dilayan bagi setiap meja, dari masa mereka duduk, pesan, makan, bayar, dan tinggalkan kafe/restoran anda.

Berapa kumpulan orang yang sempat anda layan bagi setiap tempoh pengukuran?

10 kumpulan orang pelanggan untuk makan pagi? 30 kumpulan orang pelanggan untuk makan petang?

Semakin banyak pelanggan yang boleh anda dilayan, semakin tinggilah angka jualan anda.

Jadi sebagai seorang pemilik kafe/restoran, anda perlu memastikan bahawa table turnover rate anda ialah pada angka yang optimum.

Terlebih dahulu, kira table turnover rate anda kini sebagai penanda aras.

Kemudian, cuba untuk tingkatkan dan stabilkan angka optimum table turnover rate anda.

Di sini beberapa tips untuk meningkatkan table turnover rate kafe/restoran anda:

  • Audit masa yang diambil dari mula sampai habis untuk melayan seorang pelanggan pada beberapa waktu penting seperti makan tengahari, makan malam, dan hujung minggu, untuk digunakan sebagai penanda aras aliran operasi anda
  • Jangan beri tempat duduk kepada kumpulan pelanggan yang tak cukup (contoh: booking untuk 5 orang, tapi hanya 2 orang yang sampai)
  • Naiktaraf operasi kafe/restoran anda dengan teknologi F&B seperti sistem StoreHub yang mempunyai feature seperti sistem pesanan meja dan sistem pesanan QR bagi mempercepatkan dan mempermudahkan aliran operasi anda
  • Jangan senaraikan terlalu banyak item dalam menu anda
  • Jangan terima tempahan tempat duduk pada waktu puncak
  • Cadangkan item menu yang cepat disediakan

5. Optimumkan menu anda untuk tingkatkan sales

StoreHub tips marketing online strategi pemasaran restoran F&B kafe reka bentuk menu design

Menu anda sebenarnya suatu benda yang amat berkuasa dalam meningkatkan sales restoran atau kafe anda.

Jadi jangan buat menu semata-mata.

Cara anda susun info dan item anda boleh menentukan samada anda boleh jual item tersebut dengan lebih laris atau tidak.

Di sini beberapa tips untuk optimumkan menu anda:

  • Tawarkan menu online
  • Tambah ikon di tepi item yang anda rekomen
  • Gunakan warna dan stail font yang relevan (San Serif untuk stail moden)
  • Gunakan perkataan adjektif yang menarik dalam deskripsi makanan anda seperti lembut, berlemak, segar, rangup, berkrim, pedas, manis)
  • Tawarkan kombo (bina pasangan item profit tinggi yang kurang jualan bersama item yang profit rendah yang paling laris)
  • Jangan gunakan simbol mata wang (e.g.: RM, $)
  • Susun item margin rendah di belakang
  • Sudut kanan atas menu ialah bahagian menu yang biasanya selalu dipandang jadi susun item yang paling anda ingin jual di situ
  • Gunakan menu berbeza untuk makanan dan minimum agar mudah untuk dibaca

Kami harap anda akan cuba semua tips di atas untuk tambahkan sales F&B anda. 

Komen tips tingkatkan jualan kedai anda di ruang komen di bawah. 

Selamat maju jaya! 🙂

Tingkatkan Bisnes F&B Anda Dengan StoreHub!

StoreHub POS system

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana sistem POS StoreHub boleh bantu anda menguruskan dan mengembangkan bisnes anda.

Share this Post

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com