WhatsApp our business consultants: +601117227604

Impak Covid-19 ke Atas SME di Malaysia

Cover_BM_MaksudPKP_untuk_SME

Pada hari Jumaat, 10 April 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan

Pergerakan di seluruh negara sehingga 28 April 2020 dalam usaha memerangi penularan wabak

Coronavirus (COVID-19).

Perintah tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan penularan semula wabak ini dalam

masyarakat, sejajar dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang

menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. 

Apakah maksud pelanjutan kawalan pergerakan ini bagi Malaysia?

open closed door sign

Perintah Kawalan Pergerakan lanjutan di Malaysia yang akan berkuatkuasa sehingga 28 April 2020

bermaksud beberapa larangan akan diteruskan; antaranya penutupan premis perniagaan,

perjalanan akan dihadkan dan semua aktiviti rumah-rumah ibadat – termasuk solat

Jumaat akan terus dihentikan sehingga tempoh tamat.

Penutupan sekolah, IPT awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara juga

akan dilaksanakan sepanjang tempoh ini.

Di samping itu, larangan menyeluruh pergerakan serta perhimpunan melibatkan aktiviti-aktiviti

berikut turut dikenakan:

  • keagamaan
  • sukan
  • sosial
  • kebudayaan

Sekatan perjalanan juga akan dikuatkuasakan, termasuk:

  • sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  • sekatan menyeluruh ke atas semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  • rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara harus menjalani saringan kesihatan dan kuarantin diri selama 14 hari

Semua premis sektor kerajaan dan swasta akan berhenti beroperasi, kecuali premis yang

terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penting seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi,

pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, minyak dan pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, kebakaran dan penyelamatan, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan awam, bekalan runcit dan makanan. ” – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semua rumah-rumah ibadat dan premis perniagaan akan ditutup kecuali untuk jualan barangan

keperluan harian, seperti:

  • pasaraya
  • pasaran awam
  • kedai runcit dan keperluan asas

Sekatan-sekatan ini pastinya akan terus mendatangkan kesan lebih besar kepada ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, kawalan pergerakan ini semestinya akan membantu untuk:

 

  • lebih mudah mengasingkan dan mengenal pasti pembawa Coronavirus (COVID-19)
  • meminimumkan penyebaran penyakit Coronavirus (COVID-19)

Apakah langkah yang boleh diambil oleh peniaga-peniaga SME di Malaysia sepanjang tempoh ini?

F&B cafe restaurant cashier coffee shop store business

Jika anda seorang pemilik kafe atau restoran…

Mulakan servis penghantaran makanan untuk restoran anda.

Ini kerana; sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, permintaan untuk platform e-

dagang/servis penghantaran makanan yang kami terima dalam sistem StoreHub telah

menunjukkan peningkatan sebanyak 35%.

Ini disebabkan oleh peningkatan kes Coronavirus (COVID-19) yang membawa kepada:

Peratusan permintaan yang telah kami terima melonjak kepada 45% dalam masa

kurang dari sehari sejak Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama selama 14 hari diumumkan.

Keadaan ini sememangnya dijangka kerana anda tidak akan dapat menerima kunjungan

pelanggan di premis makanan sendiri kecuali jika premis makanan anda berada di bawah

senarai pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan.

Tetapi, kami ada berita baik.

Khidmat penghantaran makanan masih dibenarkan.

Akan tetapi, peniaga-peniaga makanan kecil masih lagi teragak-agak untuk menggunakan servis

penghantaran makanan buat masa ini.

Ini kerana, penyedia perkhidmatan penghantaran makanan utama di Malaysia mengenakan yuran

transaksi sehingga 35% daripada jumlah setiap transaksi.

Ini semestinya akan melibatkan wang yang banyak dalam jangka masa panjang.

Oleh sebab itu, StoreHub telah memutuskan untuk melancarkan kemaskini sistem pada hari

Khamis, 19 Mac, yang akan membolehkan para pengguna kami menikmati khidmat

penghantaran makanan dengan yuran transaksi yang lebih berpatutan.

 

 

Sekiranya anda seorang pengguna StoreHub dan berminat untuk mencuba, lengkapkan borang ini

sekarang supaya kami dapat membantu anda dengan persiapan untuk pelancaran kepada

pelanggan anda secepat mungkin.

Sekarang, ayuh kita beralih kepada langkah yang boleh diambil sekiranya anda seorang

pemilik perniagaan dengan kedai fizikal…

Mulakan jualan online.

Pemilik-pemilik kedai di Malaysia telah melaporkan penurunan jualan runcit sebanyak 80% dalam

beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh Coronavirus (COVID-19).COVID-19).

Dalam satu kenyataan, mereka menyebut bahawa rakyat tempatan “telah mula menjadi sangat

berhati-hati dan tidak meninggalkan rumah, malahan bersembunyi dari tempat yang sesak seperti

pusat membeli-belah”.

Oleh itu, jika anda seorang pemilik kedai yang menjual secara tradisional, ianya amat penting

untuk mempelbagaikan saluran jualan dengan menjual produk anda secara dalam talian.

Mengapa?

Nah, pasaran e-dagang di Malaysia dijangka bernilai AS $ 4.3 bilion dolar pada tahun 2020!

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mencapai potensi jualan online yang boleh anda nikmati,

terutamanya ketika masyarakat lebih cenderung untuk berada di dalam rumah.

Ambil kesempatan ini dan mula jual secara online melalui:

Kami harap, penulisan ini sedikit sebanyak memberi penjelasan terperinci mengenai Perintah

Kawalan Pergerakan di Malaysia, serta langkah-langkah yang boleh diambil sebagai pemilik

perniagaan runcit atau restoran pada masa ini.

Sementara itu, ayuh kita sama-sama berjuang dalam menangani krisis Covid-19 dan teruskan

usahasama untuk kelangsungan bisnes-bisnes SME di Malaysia . Kami di belakang anda.

Beep Delivery F&B store shop food delivery feature point of sale POS system StoreHub

Isi borang ini dan mula hantar makanan kepada pelanggan anda.

Share this Post

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com