WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Business » F&B » PKP Bersyarat: 2 Perkara Perniagaan F&B di Malaysia Perlukan Untuk ‘Normal Baharu’

PKP Bersyarat: 2 Perkara Perniagaan F&B di Malaysia Perlukan Untuk ‘Normal Baharu’

Seorang wanita yang memakai topeng muka sedang menikmati makanan di restoran dan mengikuti jarak sosial.

Apakah maksud PKP bersyarat untuk perniagaan F&B di Malaysia?

Mudah.

Ini bermakna anda dapat membuka semula kedai pada 4 Mei 2020!
Kami yakin semua pemilik kafe dan restoran berkobar-kobar untuk mula beroperasi.

Tetapi; sebelum itu, pastikan anda mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) PKP bersyarat untuk kafe dan restoran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia:

  1. Jarak meja – 2 meter antara meja
  2. Penjarakan sosial – 1 meter di kaunter pembayaran
  3. Pengambilan nama dan nombor telefon pelanggan – untuk tujuan pengesanan
  4. Topeng muka untuk pekerja
  5. Pengimbasan suhu badan – kakitangan dan pelanggan yang memasuki kedai anda
  6. Pembasmian kuman dan pembersihan premis – 3 kali sehari
  7. “Hand sanitiser” dan sabun harus disediakan di kaunter bayaran dan sinki

Adakah ini bermaksud bahawa keadaan akan kembali normal? Sudah tentu tidak.
Tingkah laku pengguna telah berubah.

Dan kerajaan telah mengemukakan cadangan-cadangan seperti di bawah untuk pemilik dan pengusaha restoran dan kafe untuk normal baharu:

  • Pesanan tanpa sentuh
  • Pembayaran tanpa sentuhan
  • Servis penghantaran dan bungkus makanan untuk dibawa pulang dan bukan makan di premis
  • Penjarakan sosial

Menjalankan operasi perniagaan F&B tanpa sentuhan dalam normal baharu

Seorang wanita membuat pembayaran tanpa tunai di kaunter

Majoriti masih berasa kurang senang untuk keluar rumah atau untuk mempunyai kontak fizikal rapat dengan orang lain secepat mungkin.

Menyentuh sesuatu yang telah disentuh oleh orang lain di luar juga akan menjadi pantang.

Oleh itu, ada dua perkara yang wajib ditawarkan oleh setiap perniagaan F&B kepada pelanggan:

  1. Kemudahan membuat bayaran dan pesanan tanpa sentuhan/kontak fizikal untuk pelanggan walk-in/makan di premis
  2. Servis penghantaran makanan

Mengapa perlu menawarkan kedua-duanya?

Ini kerana, kes Coronavirus (COVID-19) masih dilaporkan dan kesihatan serta keselamatan menjadi keutamaan.

Malahan, apabila anda dapat menawarkan kemudahan membuat pilihan makanan dan pembayaran serta pesanan tanpa sentuhan, anda memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat pilihan yang lebih selamat untuk membeli.

Secara tidak langsung, ini membantu meningkatkan peluang anda mendapatkan lebih banyak penjualan sepanjang tempoh ini agar perniagaan anda terus bertahan.

Pelanggan sedang mengimbas kod QR untuk melayari menu digital

Pembayaran dan pesanan tanpa sentuhan dapat dilakukan melalui sistem pesanan dan pembayaran QR.

Antara faedah pesanan dan pembayaran QR:

  • Pelanggan dan kakitangan restoran dapat mengelakkan daripada menyentuh menu, bil, dan resit
  • Kaedah automatik yang lebih mudah untuk mengumpul nama dan nombor telefon untuk tujuan pengesanan dan program kesetiaan pelanggan
  • Pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan
  • Pengurangan kontak fizikal antara pelanggan dan kakitangan
  • Pengurangan pergerakan ulang-alik antara meja dan dapur
  • Proses pesanan dan pembayaran lebih pantas dan lancar

Bagaimana pula dengan servis penghantaran makanan? Antara faedah penghantaran makanan:

  • Pelanggan boleh membuat pesanan dari keselesaan kediaman masing-masing
  • Mengurangkan aktiviti fizikal di kedai anda
  • Kemampuan untuk melayan pelanggan yang tidak dapat datang ke kedai anda

Dengan mempraktikkan kedua-duanya sekali; keselamatan pelanggan dan kakitangan terjamin, sekaligus menjana penjualan untuk kafe atau restoran anda.

Pelanggan semestinya akan menghargai usaha ini dengan memberikan sokongan yang anda perlukan pada waktu yang mencabar ini.

Bagaimana cara untuk menjalankan khidmat penghantaran dan pesanan serta bayaran QR dari satu platform yang sama?

Staf di kaunter menggunakan StoreHub sistem POS.

Baiklah, sekarang anda telah memutuskan untuk menjalankan servis penghantaran makanan DAN sistem pesanan QR dengan secepat mungkin.

Bagaimana dengan kos?

Serta persediaan?

Sekiranya dilakukan secara berasingan, ianya akan menelan kos yang tinggi serta akan memakan masa dua kali ganda untuk penyusunan sistem dan mula berfungsi.

TETAPI, ini tidak akan berlaku JIKA anda mempunyai sistem POS bersepadu yang membolehkan anda melakukan kesemuanya dalam satu platform, seperti StoreHub, misalnya.

Sistem operasi perniagaan StoreHub menyediakan semua yang diperlukan untuk perniagaan F&B anda:

  • Perisian POS
  • Inventori/pekerja/pelanggan/pengurusan pembekal
  • Data dan laporan penjualan secara langsung
  • QR Order & Pay – pesanan QR dan bayar
  • Cashback – program kesetiaan cashback QR
  • Delivery – ciri penghantaran makanan

Dengan menggunakan sistem yang betul, anda dapat menjalankan servis penghantaran makanan di samping sistem pesanan QR dengan harga yang berpatutan dan lebih mudah.

Bagaimana StoreHub membantu perniagaan F&B anda sepanjang PKP bersyarat?

  • Pelanggan walk-in/makan di premis dapat melihat menu, membuat pesanan dan membayar dengan mengimbas kod QR – semua TANPA KONTAK FIZIKAL
  • Merekod nama dan nombor telefon pelanggan secara automatik semasa proses pesanan dan pembayaran QR (pengumpulan data pelanggan untuk kegunaan anda sendiri dan usaha pengesanan pelanggan COVID-19 oleh kerajaan)
  • Menyediakan e-menu untuk kedai anda supaya pelanggan dapat memesan dan membayar secara dalam talian dan mengambil makanan dari restoran anda
  • Membolehkan anda mengaktifkan perkhidmatan penghantaran makanan anda sendiri dengan bayaran komisen bersubsidi serendah 2% berbanding yuran komisen rakan penghantaran makanan utama yang lain sehingga 35%

Penggunaan QR Order and Pay untuk menerima pesanan dan bayaran

Pelanggan mengimbas kod QR untuk membuat pesanan.

QR Order & Pay adalah ciri pesanan dan pembayaran QR dalam sistem StoreHub untuk perniagaan F&B.

Apabila anda mengaktifkan QR Order and Pay di StoreHub BackOffice, anda akan mendapat kod QR yang boleh dicetak dan dimasukkan ke dalam apa-apa kolateral pemasaran anda.

Pelanggan anda boleh:

  • Imbas kod QR Order anda di atas meja/standee/kaunter
  • Lihat menu dan pilih item untuk dipesan
  • Semak pesanan dan buat bayaran menggunakan kaedah pembayaran pilihan mereka (perbankan dalam talian, kad kredit/debit, ewallet)

Mudah, bukan?

Pesanan akan dihantar serta-merta ke sistem POS StoreHub anda setelah pesanan dan bayaran berjaya dibuat – yay untuk pengurangan kesilapan dalam mengambil pesanan dan kontak fizikal!

Penggunaan QR Order and Pay sepanjang PKP bersyarat ini akan membantu perniagaan F&B anda untuk:

  • Mengumpul nama dan nombor telefon pelanggan (ini berlaku semasa proses pembayaran – SMS OTP)
  • Menerima pesanan dengan selamat melalui kaedah tanpa sentuhan/kontak fizikal
  • 100% transaksi tanpa tunai menepati saranan kerajaan

Mulakan servis penghantaran sendiri dengan menggunakan Beep Delivery dari StoreHub

Pemandu motosikal menyimpan makanan dalam begnya.

Beep Delivery merupakan servis penghantaran makanan yang pasti membuat anda dan pelanggan anda jatuh hati!

Ciri ini akan membolehkan anda mengendalikan servis penghantaran makanan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia khidmat penghantaran di pasaran.

Bagaimana ia berfungsi?

Selepas mendaftar dengan Beep Delivery, restoran atau kafe akan menerima pautan unik ke laman web yang boleh dikongsi bersama pelanggan mereka. 

Di laman web tersebut, pelanggan boleh:

  1. Pilih antara pengambilan sendiri atau penghantaran
  2. Mengakses menu dan membuat pesanan secara online
  3. Masukkan alamat dan maklumat penghantaran
  4. Buat bayaran menggunakan kad kredit, perbankan dalam talian atau e-wallet
  5. Terima makanan dan jamu selera!

Tonton video singkat di bawah untuk lihat demo bagaimana ia berfungsi:

Jadi, macam mana? Adakah bisnes F&B anda sudah bersedia untuk normal baharu?

Dewasa ini merupakan masa yang sangat mengujakan buat semua.

Realitinya, bukan semua akan berjaya.

Ianya bergantung kepada berapa cepat anda boleh melakukan perubahan demi penyesuaian dengan normal baharu.

Jadi, ayuh pastikan restoran/kafe anda disiap siaga sebaik mungkin dan jangan pernah lupa untuk terus berkembang.

Semoga selamat, semuanya!

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com