WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Business » F&B » 3 Manfaat QR Order & Pay Untuk Perniagaan F&B Anda

3 Manfaat QR Order & Pay Untuk Perniagaan F&B Anda

Adakah anda seorang peniaga F&B yang sering kali berhadapan dengan isu-isu ini: 

  • Kekurangan tenaga kerja
  • Prestasi pekerja tidak memuaskan
  • Buntu memikirkan strategi untuk meningkatkan jualan harian
  • Kurang arif tentang demografi pelanggan
  • Ingin memperbaiki mutu khidmat pelanggan

Sekiranya ya, anda WAJIB membaca post ini! Masalah perniagaan anda kini dapat diselesaikan melalui QR Order & Pay. 

QR Order & Pay merupakan sistem pesan dan bayar tanpa sentuhan (contactless) yang dapat memudahkan serta menjimatkan masa dan tenaga pelanggan dan peniaga seperti anda. Antara 3 MANFAAT QR Order & Pay adalah:

1. Mengurangkan Tenaga Kerja

Mengurangkan Tenaga Kerja

Antara masalah utama yang dihadapi oleh para peniaga ekoran pandemik COVID-19 adalah kekurangan pekerja untuk mengambil dan menyediakan pesanan serta mengendalikan pelanggan. 

Sebagai contoh, peniaga restoran F&B seperti Kanna Curry House menawarkan Iphone SE secara percuma kepada rakyat Malaysia yang ingin bekerja sebagai pelayan restoran untuk tempoh minimum 6 bulan. 

Dengan sistem QR Order & Pay, anda tidak lagi memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana pesanan dan pembayaran dapat dilakukan melalui telefon pintar para pelanggan. Anda dan pekerja anda boleh: 

  1. Beroperasi dengan lebih lama mahupun ketika peak hours tanpa kekangan tenaga kerja.
  2. Dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam proses penyediaan makanan.
  3. Mempunyai masa untuk beramah mesra dengan pelanggan.

Oleh itu, sistem QR Order & Pay dapat membantu meningkatkan kualiti hidangan dan khidmat pelanggan di samping menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja di permis anda. 

2. Meningkatkan revenue

Meningkatkan Revenue

Tahukah anda bahawa purata nilai pesanan perniagaan F&B telah meningkat sebanyak 1.9x semenjak peniaga menggunakan QR Order & Pay? Ini disebabkan oleh:

  1. Pemilihan gambar yang menarik serta penerangan makanan yang jelas di menu QR boleh mempengaruhi keinginan para pelanggan untuk membuat pesanan.
  2. Pelanggan berasa lebih selesa dan tidak tertekan untuk membuat pesanan kerana dapat mengambil masa untuk memilih hidangan yang mereka suka.
  3. Anda dapat kendali lebih ramai pelanggan dalam waktu operasi yang sama kerana mereka tidak perlu beratur untuk membuat pesanan dan pekerja tidak lagi mengambil pesanan secara manual. 

Tanpa anda sedari, purata table turnover perniagaan anda akan meningkat!

3. Kemudahan mengakses maklumat pelanggan

Kemudahan Mengakses Maklumat Pelanggan

Maklumat pelanggan kini di hujung jari anda! Anda dapat mengumpul info pelanggan anda dengan MUDAH dan PANTAS menggunakan sistem QR Order & Pay kerana: 

  1. Dapat mengetahui target audience untuk promosi dan kempen yang akan datang. 
  2. Dapat menyampaikan maklumat berkenaan dengan promosi dan kempen secara terus ke e-mel dan nombor telefon pelanggan anda.
  3. Dapat memperkenalkan customer loyalty program kepada para pelanggan. 

Hal ini dapat memperluaskan lagi strategi pemasaran serta meningkatkan jualan harian anda. 

Urus Perniagaan Anda Dengan Bijak

Kenapa bersusah payah menguruskan perniagaan sekiranya teknologi dapat membantu mengendalikan tugas harian anda dengan lebih cekap dan mudah? 

Tingkatkan kecekapan pekerja, khidmat pelanggan dan jualan harian anda melalui QR Order & Pay hari ini.

Tingkatkan aliran operasi perniagaan F&B melalui StoreHub QR Order & Pay!

Klik di sini untuk demo PERCUMA!

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com