News & Trending

News & Trending

Covid-19 Malaysia: StoreHub Perkasa Servis Penghantaran untuk Restoran dan Kafe

Covid-19 Malaysia: StoreHub Perkasa Servis Penghantaran untuk Restoran dan Kafe

Covid-19 Malaysia: StoreHub Perkasa Servis Penghantaran untuk Restoran dan Kafe

Dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dalam negara,Malaysia telah membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang tempoh ini; semua premis perniagaan kecuali perkhidmatan penting negara, ditutup.

Walaupun lanjutan ini perlu diambil untuk memastikan penularan wabak terkawal, tempoh ini semestinya akan memberi impak lebih besar kepada peniaga kecil dan sederhana (SME) tempatan, terutamanya bisnes F&B.

Apakah maksud Perintah Kawalan Pergerakan bagi perniagaan F&B di Malaysia?

Malaysia mempunyai kira-kira 900,000 SME berdaftar.

Hampir 20% dari jumlah tersebut merupakan bisnes F&B. Malahan, separuh daripada perniagaan yang menggunakan sistem StoreHub adalah restoran dan kafe.

Perniagaan-perniagaan ini akan kehilangan sejumlah berbilion ringgit sepanjang tempoh kawalan pergerakan - seterusnya menyebabkan beberapa bisnes akan lingkup.

Akan tetapi, masih ada sinar harapan.

Ini kerana, servis penghantaran makanan masih dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Oleh itu, seawal satu jam selepas pengumuman YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 jam 11 malam, pasukan StoreHub segera bekerja mengejar satu matlamat - #SaveOurStores.

Beep Delivery membolehkan bisnes F&B mengendalikan servis penghantaran makanan sendiri

StoreHub bekerjasama dengan beberapa penyedia logistik utama Malaysia seperti LalamoveGoGet, dan ZeptoExpress untuk membolehkan perniagaan F&B menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan sendiri.

Ia dinamakan Beep Delivery.

Beep Delivery merupakan ciri terbaru dalam ekosistem StoreHub yang membolehkan rakyat Malaysia membuat pesanan makanan secara online dari restoran dan kafe kegemaran mereka.

Ini membantu mengekalkan operasi perniagaan F&B dan memberi rakyat Malaysia akses kepada kafe atau restoran tanpa perlu meninggalkan rumah.

Seluruh pasukan StoreHub telah berusaha keras memastikan ia boleh diguna pakai oleh perniagaan F&B dengan segera.

Bagaimana Beep Delivery berfungsi?

Beep Delivery food delivery feature F&B cafe restaurant SME StoreHub point of sale POS system

Beep Delivery merupakan servis penghantaran makanan yang pasti membuat anda dan pelanggan anda jatuh hati!

Ciri ini akan membolehkan anda mengendalikan servis penghantaran makanan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia khidmat penghantaran di pasaran.

Bagaimana ia berfungsi?

Selepas mendaftar dengan Beep Delivery, restoran atau kafe akan menerima pautan unik ke laman web yang boleh dikongsi bersama pelanggan mereka. 

Di laman web tersebut, pelanggan boleh:

  1. Pilih antara pengambilan sendiri atau penghantaran.

  2. Mengakses menu dan membuat pesanan secara online.

  3. Masukkan alamat dan maklumat penghantaran.

  4. Buat bayaran menggunakan kad kredit, perbankan dalam talian atau e-wallet.

  5. Terima makanan dan jamu selera!

Tonton video singkat di bawah untuk lihat demo bagaimana ia berfungsi:

https://youtu.be/H5kmmi-74Qk?si=GXf1Z4RTcsQEB9DJ

Ingin mula menerima pesanan online dan menghantar makanan pada pelanggan?

https://youtu.be/3f0AXYbwovI?si=Lfa6Zew0Q4cC8R2D

Tempoh Demo Percuma


Related Posts

คุยกับผู้เชี่ยวชาญของเรา

Easy to use
for anyone

Safe and Secure
Transactions

Integrated with
various platforms

Trusted by 18,000+ businesses across Southeast Asia

คุยกับผู้เชี่ยวชาญของเรา

Easy to use
for anyone

Safe and Secure
Transactions

Integrated with
various platforms

Trusted by 18,000+ businesses across Southeast Asia

คุยกับผู้เชี่ยวชาญของเรา

Easy to use
for anyone

Safe and Secure
Transactions

Integrated with
various platforms

Trusted by 18,000+ businesses across Southeast Asia

Logo Image

StoreHub เป็นระบบการจัดการร้านค้าแบบ all-in-one ขับเคลื่อนกว่า 18,000+ ธุรกิจร้านค้า ทั่วเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ ไม่ว่าจะเป็น ร้านอาหาร ร้านค้าปลีก เสื้อผ้า เครื่องประดับ และ ธุรกิจบริการ

Logo Image

StoreHub เป็นระบบการจัดการร้านค้าแบบ all-in-one ขับเคลื่อนกว่า 18,000+ ธุรกิจร้านค้า ทั่วเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ ไม่ว่าจะเป็น ร้านอาหาร ร้านค้าปลีก เสื้อผ้า เครื่องประดับ และ ธุรกิจบริการ

Logo Image

StoreHub เป็นระบบการจัดการร้านค้าแบบ all-in-one ขับเคลื่อนกว่า 18,000+ ธุรกิจร้านค้า ทั่วเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ ไม่ว่าจะเป็น ร้านอาหาร ร้านค้าปลีก เสื้อผ้า เครื่องประดับ และ ธุรกิจบริการ