Zaman sekarang semua benda dah jadi mudah dan cepat disebabkan teknologi.
Peniaga dah tak perlu buka kedai semenjak platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Zalora diperkenalkan.
Pembeli juga dapat jimat banyak masa dan tenaga daripada pergi kedai ke kedai untuk dapatkan produk yang berkualiti dengan harga berpatutan.
Antara platform e-dagang yang paling popular masa kini adalah TikTok Shop!
TikTok yang dahulunya sebuah platform media sosial kini telah berevolusi kepada medium shoppertaiment setelah TikTok Shop diwujudkan.
Fakta! 74% daripada 1 bilion pengguna aktif TikTok berminat untuk tahu tentang sesuatu produk setelah melihatnya di For You Page (#fyp) atau di TikTok Shop mereka.
67% bersetuju bahawa TikTok Shop dan trend #tiktokmademebuyit mendorong mereka untuk membeli walaupun ia bukan suatu keperluan.
Adakah usahawan seperti anda telah menggunakan TikTok Shop untuk memasarkan dan menjual produk?
Kalau belum, anda kena mulakan sekarang!
Kenapa anda perlu menjual di TikTok Shop?
Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk berniaga di TikTok Shop, ini jawapannya.
1. Pengguna aktif yang ramai
TikTok hanya ambil masa selama 4 tahun untuk memperoleh 1 bilion pengguna aktif di laman mereka berbanding Facebook, 8 tahun.
Jadi, peluang pemasaran di TikTok Shop adalah lebih luas berbanding dengan platform e-dagang yang lain.
Kandungan seperti video produk dan testimonial anda dapat diakses oleh sesiapa sahaja dalam masa yang singkat.
Nak tahu cara untuk mempromosikan produk anda di TikTok Shop dengan berkesan? Baca artikel ini 4 tips to market your own business untuk tips pemasaran yang efektif!
2. Medium jualan tambahan selain Lazada, Shopee etc.
Lagi banyak medium jualan, lagi banyak income!
Tak rugi kalau anda jadikan TikTok Shop sebagai medium jualan tambahan untuk perniagaan anda.
Dengan ada banyak medium jualan, produk anda akan lebih senang dikenali ramai orang.
Jualan anda akan cepat meningkat dan produk anda juga akan cepat sold out!
3. Kurang pesaing
TikTok Shop baru sahaja dilancarkan pada April tahun lepas.
Masih ada peniaga yang belum menggunakan TikTok Shop meskipun TikTok Shop telah mendominasi platform lain seperti Facebook, Instagram dan Shopee dari segi jumlah pengguna.
Jadi, ini masa yang sangat sesuai untuk anda mula berniaga di TikTok Shop!
4. Mudah viral
Tahukah anda, berdasarkan artikel Jendela Dewan Bahasa dan Pustaka hampir 49% pengguna media sosial di Malaysia adalah pengguna TikTok?
Video produk dan testimonial anda akan senang untuk viral kerana pengguna lebih gemar untuk save dan share video di TikTok.
TikTok Shop juga memperkenalkan beg kuning di mana peniaga dapat memasarkan produk di video TikTok mereka dengan mudah. Pengguna dapat terus klik pada beg kuning sekiranya mereka berminat untuk membeli produk tersebut.
Peluang untuk anda mempromosikan produk anda kini lebih mudah dengan beg kuning TikTok Shop!
Sebagai contoh, video promosi Panda Eyes yang hanya berdurasi selama 11 saat ini telah mendapat jumlah tontonan, likes, comments, shares dan saves yang agak tinggi.
5. Subsidi Penghantaran Percuma
TikTok masih menawarkan subsidi penghantaran percuma kepada para penjual di TikTok Shop semenjak Januari lepas.
TikTok Expert, Coach Ira menjelaskan bahawa anda tidak perlu menanggung atau mengenakan caj penghantaran kepada pelanggan anda selagi ia ditanggung oleh TikTok.
Strategi yang dilakukan oleh TikTok Shop ini telah menarik ramai penjual dan pengguna untuk berurus niaga di TikTok Shop berbanding dengan platform e-dagang yang lain. Namun, ada kebarangkalian yang TikTok akan mengenakan caj pada tempoh yang akan datang.
Jadi, anda kena rebut peluang ini secepatnya dengan mengaktifkan TikTok Shop anda hari ini.
6. Diskaun Pengguna Baharu Sehingga 80%
Bagi membantu peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pihak TikTok telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban peniaga daripada mengenakan bayaran pendaftaran yang tinggi.
Peniaga baharu TikTok Shop dapat menikmati diskaun sebanyak 80% apabila mereka mengaktifkan akaun TikTok Shop hari ini.
Ini akan mengurangkan kos yang perlu dibayar oleh peniaga seperti anda.
Anda juga dapat menggunakan bajet tersebut untuk kos penambahan produk bagi meningkatkan lagi profit anda!
6 Tips Untuk Dapat Banyak Demand Dan Sold Outkan Produk Anda Dengan Cepat
Kini, anda telah tahu mengapa TikTok Shop merupakan platform jualan yang paling menguntungkan pada masa kini.
Tapi, apa yang perlu anda lakukan untuk dapat banyak income lebih dari 67% dalam tempoh 3 bulan?
Jom, ikut 6 tips ini kalau anda nak produk anda dapat banyak demand dan sold out dalam waktu yang singkat.
1. Buat TikTok LIVE 3/4 kali seminggu
TikTok LIVE membolehkan anda mempromosi dan menjual produk terus kepada pelanggan secara maya.
Pelanggan akan mudah tertarik apabila melihat produk tersebut dipakai atau diguna secara LIVE.
Mereka akan cenderung untuk klik pada beg kuning bagi menambah item tersebut ke dalam shopping cart mereka secepat mungkin.
Seperti Mallows Beauty, jumlah rekod jualan mereka mencecah angka yang sama seperti jumlah jualan beroperasi selama seminggu di kedai fizikal mereka di Cardiff, United Kingdom dengan hanya menjual di TikTok LIVE selama 2 jam.
Tips: pastikan anda tahu waktu aktif followers anda sebelum anda melakukan TikTok LIVE supaya anda boleh mendapat seberapa banyak penonton yang mungkin.
Anda hanya perlu pergi ke TikTok Analytics – followers – scroll ke bawah kepada most active times untuk dapatkan info ini.
Kami sarankan anda untuk buat TikTok LIVE 3 atau 4 kali seminggu. Tapi, lagi kerap anda buat TikTok LIVE, lagi banyak sales yang anda akan dapat!
2. Tawar diskaun and promo terhad
Tahukah anda, 2/3 orang ramai akan membeli sekiranya diberikan diskaun, kupon atau promo walaupun mereka tidak ingin membeli pada awalnya?
Diskaun, promo dan juga flash sales merupakan strategi yang amat berkesan untuk menarik penonton membeli produk anda.
Kempen seperti flash sale memberikan tawaran lebih berbaloi ke atas satu produk dalam masa yang sama.
Tag istimewa ‘flash deal’ akan menarik minat pembeli untuk melakukan pembelian dengan segera kerana kempen ini hanya akan berjalan dalam tempoh masa yang terhad.
Anda juga boleh menawarkan diskaun kepada produk anda sama ada dalam bentuk x% off atau diskaun harga tetap.
Strategi ini berkesan sekiranya anda ingin menarik pelanggan untuk membeli dalam jangka masa yang lama.
3. Guna program pemasaran Affiliate
Sama seperti Shopee, TikTok Shop juga memperkenalkan Program Pemasaran Affiliate yang membolehkan penjual seperti anda mempromosikan produk melalui influencer atau content creator yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Influencer atau content creator ini akan diberikan komisen setelah mereka mempromosikan produk penjual di platform TikTok mereka.
Program ini merupakan cara yang terbaik untuk:
- Memasarkan jenama/perniagaan anda
- Mendapat pengikut baharu di TikTok
- Membina kepercayaan pengguna kepada produk/jenama anda
- Meningkatkan jualan dalam waktu singkat
- Produk dapat ditonton oleh ramai orang untuk meningkatkan demand dalam kalangan pengguna
Pengguna TikTok dan TikTok Shop akan lebih tertarik untuk mencuba sesuatu produk melalui testimoni yang diberikan oleh pengguna lain terutamanya influencer media.
4. Manfaatkan TikTok Ads
Untuk dapat banyak keuntungan, pastikan anda memanfaatkan TikTok Ads sebaik mungkin.
Tetapkan sejumlah bajet untuk jalankan iklan di TikTok.
Ini membantu produk anda untuk ditonton kepada ramai golongan sasaran.
TikTok Ads juga memberi beberapa pilihan bersesuaian dengan bajet anda.
Anda dapat memilih sama ada ingin melakukan:
- Iklan berbayar melalui video yang telah dimuat naik di TikTok anda
- Membayar komisen kepada content creator TikTok untuk mempromosikan produk anda di TikTok LIVE.
- Melakukan video kolaborasi bersama influencer atau content creator
- Menjadikan video kolaborasi tersebut sebagai iklan sponsored content yang akan diiklankan secara automatik oleh TikTok kepada pengguna TikTok yang lain
5. Retargeting iklan
Sekiranya anda telah menjalankan iklan di TikTok tetapi anda ingin meraih lebih banyak income, anda boleh menggunakan kaedah retargeting.
Retargeting iklan merupakan salah satu strategi yang berkesan untuk menarik kembali penonton yang telah menunjukkan minat terhadap produk anda sama ada mereka pernah klik pada iklan anda atau telah memasukkan produk anda ke dalam shopping cart mereka atau pernah melawat TikTok Shop anda.
Retargeting dapat membantu mengingatkan mereka tentang tawaran anda dan menggalakkan mereka untuk membuat pembelian secepat mungkin.
Anda boleh klik pada TikTok Retargeting Strategy untuk info lanjut.
6. Gunakan User-Generated Content
User-Generated Content (UGC) merupakan cara review terkini untuk menarik pengguna lain membeli produk yang ditayangkan.
Jadi, galakkan pelanggan anda untuk merakam dan berkongsi video tentang produk anda.
Anda boleh tawarkan insentif seperti diskaun atau shoutouts kepada pelanggan yang berkongsi video di akaun TikTok mereka.
Konten UGC anda akan dijadikan sebagai bukti sosial dan dapat membantu menimbulkan minat dan kepercayaan pengguna terhadap produk anda.
Kalau bukan hari ini, bila lagi?
Dapatkan income berganda-ganda dalam tempoh 3 bulan dengan memanfaatkan TikTok Shop sebaik mungkin dengan tips and strategi seperti di atas.
Tingkatkan lagi income perniagaan anda dengan menawarkan program loyalti, Cashback dan menghantar peringatan SMS automatik berkenaan promosi kepada pelanggan anda.
Daftar demo PERCUMA sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran ini.
Recent Comments