Bagi penggemar kosmetik di Johor, nama K’Fora Beauty pasti tersemat di hati. Dengan dekorasi kedai yang memukau, mencipta suasana seakan berada di musim bunga, K’Fora Beauty sering digelar sebagai “kedai kosmetik cantik.”
Walaupun baru beroperasi selama 2 tahun, kedai kosmetik yang bertemakan merah jambu ini, sudah menarik ramai pelanggan setia sampai dari Singapura!
Kisah kejayaan K’Fora Beauty ini mencerminkan semangat dan kecekalan dalam merangka strategi perniagaan secara berterusan demi memastikan bisnes kekal relevan dan berdaya saing.
Naluri ibu mencetus semangat berbisnes

Pada awalnya, Haizun Yahya, pengasas K’fora Beauty, berkerja di bank dalam bahagian jualan. Selepas sembilan tahun, Haizun merasakan tekanan kerja sangat tinggi dan mengimpikan jadual masa yang lebih fleksibel supaya dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak.
Jadi, akhirnya, Haizun membuat keputusan terbesar dalam hidupnya untuk tinggalkan kerjaya stabil demi merealisasikan impiannya.
Sebagai seorang yang memang obses dengan kosmetik, Haizun nampak peluang untuk jadikan minatnya sebagai bisnes. Tapi, membuka kedai retail bukanlah mudah. Kosnya besar! Dengan kerjasama tiga rakan kongsi dan memanfaatkan program Go Ahead Take Charge (GATC) khas untuk staf Maybank, Haizun dapat mengumpul modal yang cukup dan terlahirlah K’Fora Beauty.
Menapak di lokasi paling ideal

Mencari lokasi yang sempurna bukanlah semudah yang disangka. Pada awalnya, Haizun hampir memilih kawasan yang “hyped” seperti dekat Jakel dan butik-butik baju. Tapi bila dikaji semula, kawasan macam tu hanya sibuk masa musim perayaan. Kalau hari biasa, lepas pukul 6 petang mesti terus sunyi sepi.
Jadi, mereka memilih lokasi yang lebih praktikal – kawasan yang banyak kedai makan. Walaupun tampak kurang “glamour”, tapi kawasan macam ni sentiasa meriah. Kedai makan beroperasi sehingga lewat malam jadi, Haizun pun boleh memanjangkan operasi K’Fora Beauty hingga ke 9 malam. Pelanggan yang bekerja boleh singgah selepas makan malam tanpa perlu risau kedai dah tutup.
“Kawasan ni tak terlalu sesak, parking senang, dan suami pelanggan pun happy sebab boleh pergi makan-makan sambil isteri shopping,” tambahnya sambil ketawa.
Keunikan K’Fora Beauty

K’Fora Beauty bukan sekadar kedai kosmetik biasa. Selain menjual jenama kosmetik lokal seperti Alha Alfa, SimplySiti, Sobella, Cubremi dan banyak lagi, mereka turut menawarkan servis tambahan yang membuat pelanggan merasa lebih istimewa setiap kali singgah K’Fora Beauty.
Pertama sekali, pelanggan boleh mendapatkan konsultasi kecantikan secara percuma semasa membeli-belah! Dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan, memilih yang terbaik kadangkala boleh jadi memeningkan. Sebab itu, Haizun pastikan stafnya sentiasa bersedia membantu pelanggan membeli makeup yang padan dengan tona kulit mereka dan juga sesuai dengan jenis kulit mereka.
Bukan itu sahaja, untuk pelanggan yang ingin servis makeup untuk majlis istimewa seperti tunang atau konvo, boleh juga dapatkan di K’Fora Beauty! Servis inai pun ada. Semua ini menjadikan K’Fora Beauty lebih daripada sekadar kedai biasa.
Bekerjasama dengan Beauty Influencers

Walaupun kedai makin dikenali, cabarannya tetap ada. Untuk naikkan populariti K’Fora Beauty, Haizun mengambil langkah untuk bekerjasama dengan beberapa beauty influencers di Malaysia. Pada awalnya, keputusan ini kelihatan berkesan. Kandungan yang dihasilkan oleh para influencer berjaya menarik perhatian ramai dan meraih tontonan tinggi. Namun, dari segi impak kepada kunjungan pelanggan ke kedai dan penjualan? Hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Haizun akhirnya menyedari bahawa masalahnya adalah lokasi. Kebanyakan influencer yang diupah bukan berasal dari Johor. Jadi, apabila pelanggan melihat video tersebut, mereka berminat tetapi tidak dapat datang ke kedai kerana jaraknya terlalu jauh.
Dengan pengalaman ini, Haizun mengubah strategi pemasarannya. Dia mula bekerjasama dengan beauty influencer tempatan seperti Mira Kuku, yang mempunyai pengikut setia di Johor. Langkah ini lebih relevan dan membawa hasil yang lebih baik dari segi kunjungan pelanggan dan penjualan di kedai K’Fora Beauty.
Ini adalah bukti bahawa pemilihan influencer yang tepat, bukan sekadar populariti mereka, memainkan peranan penting dalam kejayaan strategi pemasaran. Tonton video dibawah untuk lebih banyak cerita eksklusif dari Haizun:
Tawan hati pelanggan Singapura dengan Cashback

Satu lagi strategi berkesan yang Haizun lakukan untuk memikat pelanggan setia ke K’Fora Beauty ialah dengan menggunakan program Cashback melalui sistem POS StoreHub.
“Bila pelanggan tahu mereka boleh kumpul mata ganjaran, ramai yang terus nak join. Bahkan, pelanggan dari Singapura pun sanggup datang ke Malaysia untuk redeem Cashback masa bulan lahir mereka,” cerita Haizun.
Tambahan pula, sistem ini mudah digunakan. Pelanggan hanya perlu bagi nombor telefon dan mata ganjaran mereka automatik direkodkan dalam sistem POS terus. Program ni bukan sahaja buat pelanggan rasa dihargai, tapi juga menjadikan setiap lawatan ke K’Fora lebih berbaloi.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang sistem POS yang digunakan oleh K’Fora Beauty, tonton video dibawah:
Recent Comments