Sneakers Spa atau pada awalnya dikenali sebagai Kasut Bersih, telah bantu ramai orang dapatkan servis cuci dan baiki kasut, topi serta beg menggunakan produk premium keluaran mereka yang dijamin halal.
Siapa sangka dengan hanya bermula dari minat, dua orang sahabat, Adi dan Azrul berjaya jadikan hobi kumpul kasut sebagai sumber mata pencarian mereka.
Bukan sekadar minat biasa, Adi dan Azrul bijak rebut peluang untuk berbisnes apabila mereka sedar tak mudah untuk dapatkan servis cuci kasut di kawasan mereka pada 7 tahun lalu.
Permulaan Bisnes Tak Mudah Seperti Disangka
Bak kata orang, tiada permulaan yang senang. Bagi Adi dan Azrul, kekangan masa adalah cabaran utama yang mereka hadapi seawal penubuhan Sneakers Spa pada tahun 2016. Faktor komitmen pekerjaan pada siang hari jadikan operasi Sneakers Spa sedikit terhad dari kebanyakan bisnes lain.
Namun, ia tidak mematahkan semangat Adi dan Azrul. Mereka rela korbankan masa rehat mereka demi teruskan minat terhadap servis cuci kasut dan cuba berikan servis yang terbaik buat pelanggan.
Bermula dari bawah, Adi dan Azrul mula belajar teknik serta cara cuci, baiki dan repaint kasut yang betul.
“Ada juga ragu-ragu tu (buat bisnes). Kami beli produk, test dekat kasut sendiri, ada yang jadi dan ada yang tak jadi.
So, dari situ kita buat research untuk selesaikan masalah dan slowly develop skill. Bukan kita dapat idea, terus start (buat) bisnes. Take time jugalah. Proses R&D sahaja ambil masa selama 6 bulan.”
Adi dan Azrul, co-owners Sneakers Spa
Sneakers Spa mula beroperasi dengan hanya berdasarkan temu janji pada waktu malam sahaja. Kini, pelanggan dapat walk-in ke kedai mereka 7 hari seminggu bermula dari jam 11 pagi, yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Dari Stor ke Shoplot
Permulaan sederhana Sneakers Spa yang beroperasi di sebuah stor, bersebelahan dengan rumah mereka telah buka mata ramai orang bahawa dengan usaha dan minat semuanya tidak mustahil.
Dengan hanya menggunakan rak kasut sebagai pembahagi kawasan, operasi cuci, baiki dan repaint kasut dijalankan di sini selepas dari waktu bekerja mereka.
“Masa itu kami belum buat full-time lagi. Balik kerja kami akan ke stor untuk check kalau customers ada mesej ke, nak ambik kasut ke.
Masa itu kami akan buat appointment lah dan biasanya customers akan datang malam untuk hantar (kasut) dekat stor kami.
So, kami buat semua proses dekat situ (stor).”
Azrul, co-owner Sneakers Spa
Apabila bisnes Sneakers Spa mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai, Adi dan Azrul akhirnya buat keputusan untuk fokus kepada bisnes ini dengan lebih serius.
Pada tahun 2018, Sneakers Spa telah berpindah ke tempat yang lebih kondusif iaitu di salah sebuah shoplot di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang merupakan kedai mereka sekarang.
Cuci 400 Pasang Kasut Secara LIVE Selama 2 Hari
Nama Sneakers Spa mula menjadi bualan ramai orang apabila mereka berjaya cuci, baiki dan repaint 400 pasang kasut dalam masa 2 hari.
Kisah ini telah disaksikan oleh orang awam apabila Adi dan Azrul tampilkan kelainan dengan sediakan servis cuci baiki dan repaint kasut secara LIVE di KLCC pada 2017.
“Kami tak expect akan cuci kasut banyak. Kita hanya ada krew lebih kurang 5-6 orang untuk 2 hari dan kita terima sebanyak 400 pasang (kasut).
Itu adalah benda paling gila Sneakers Spa pernah buat.”
Azrul, co-owner Sneakers Spa
Untuk tahu dengan lebih mendalam, tonton kisah Sneakers Spa di sini:
Tiada Lagi Cara Manual Buat Sneakers Spa
Ekoran dari kekangan bajet, Sneakers Spa beroperasi menggunakan cara manual pada peringkat permulaan. Semua details pelanggan, jualan dan inventori ditulis di dalam buku.
Apabila bisnes semakin maju, Adi dan Azrul sedar bahawa mereka perlukan sistem POS yang bukan sahaja dapat bantu uruskan transaksi jualan, malah dapat kumpul database pelanggan serta uruskan operasi bisnes harian mereka dengan cekap dan sistematik.
Dengan sistem berasaskan cloud, data pelanggan Sneakers Spa kini disimpan dan dikumpul dengan selamat di dalam sistem POS StoreHub. Mereka juga dapat akses dan semak setiap laporan jualan dan inventori secara menyeluruh.
Oleh kerana bisnes Sneakers Spa terima pelbagai jenis kasut daripada ramai pelanggan, penting untuk mereka tahu kasut mana yang perlu diutamakan.
Kata Azrul, ciri pre-order yang diintegrasikan ke dalam sistem POS StoreHub bantu mereka untuk tahu kasut mana yang perlu mereka siapkan. Masalah silap cuci kasut serta servis lambat sudah tidak lagi dihadapi oleh Sneakers Spa.
Jana Lebih Sales Melalui StoreHub
“Pada mulanya kami fikir database (pelanggan) itu tak berapa penting.”
Adi, co-owner Sneakers Spa.
Setelah lebih 2 tahun menggunakan sistem POS StoreHub, Adi dan Azrul sedar bahawa database pelanggan yang bagus serta menyeluruh bantu bisnes mereka untuk retargetting pelanggan yang sedia ada.
Dengan database yang terkumpul, Sneakers Spa dapat tarik kembali pelanggan ke kedai mereka dengan menghantar SMS pemasaran menggunakan StoreHub Engage. Ciri ini telah bantu jana keuntungan berganda kepada Sneakers Spa dengan promosi dan diskaun yang dihantar melalui SMS.
“Kita blast mesej untuk bagitahu customers yang kita ada promotion untuk mereka datang balik (membeli) dengan kita. So, benda itu (StoreHub Engage) yang sangat-sangat membantu kita lah.”
Azrul, co-owner Sneakers Spa.
Mantapkan Operasi Bisnes Anda Dengan StoreHub
Dilengkapi dengan lebih 30 ciri tambahan, sistem POS StoreHub bukan sahaja dapat bantu uruskan operasi bisnes harian Sneakers Spa dengan lebih lancar, malah ia juga bantu untuk kembangkan bisnes mereka dengan lebih meluas.
Walaupun minat dan kerja keras amat penting untuk pastikan sebuah bisnes itu berjaya, kelengkapan yang sesuai serta efisyen seperti sistem POS StoreHub dapat bantu bisnes anda untuk menjadi lebih sistematik dan melangkah dengan lebih maju.
Kembangkan bisnes anda seperti Sneakers Spa hari ini. Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments