WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » StoreHub Stories » 5 Benda Penting Pasal Bisnes Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

5 Benda Penting Pasal Bisnes Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Stephanie, pengasas Kozie Krafts, tengah buat kraf | Ken Ho, pengasas Merchant's Lane dengan sistem POS StoreHub

Buka bisnes bunyinya best gila – jadi bos sendiri, buat benda yang kita suka, semua keputusan ikut kita. Tapi di sebalik “kerja impian” ni, ada banyak benda yang orang jarang sangat cerita.

Kami borak dengan 5 orang usahawan dari seluruh Malaysia yang sudi kongsi pengalaman sebenar – dari pilih lokasi sampai urus bila bisnes tiba-tiba meletup.

Inilah benda-benda penting yang patut semua peniaga tahu… tapi selalu terlepas pandang.

Ruang ‘sempurna’ mungkin bukan yang kita bayangkan

Stephanie, pengasas Kozie Krafts, dengan mak dia dan anjing kesayangan Sophie | Paparan kraf kat kedai Kozie Krafts di Subang Jaya

Masa Stephanie cari tempat nak buka Kozie Krafts, dia tak pilih lokasi paling sibuk atau paling ramai orang lalu. Dia pilih unit tingkat satu yang agak tersorok kat Subang Jaya – bukan tempat biasa untuk kafe-cum-studio seni.

Tapi dia lebih pentingkan keselesaan dan bajet. Ruang tu luas – sesuai nak buat aktiviti, dan senang nak jaga haiwan peliharaan. Sewa pun jauh lebih murah dari lot tingkat bawah, jadi tak stres sangat nak bayar bulan-bulan.

Memang cabaran ada – sebab orang tak nampak sangat. Tapi dia fokus pada komuniti, buat kolaborasi dengan bisnes lain, dan selalu update media sosial. Lama-lama, orang mula datang dan terus support.

Moralnya – tempat paling ‘strategik’ tu tak semestinya paling sesuai. Kadang-kadang, tempat yang beri peluang untuk kita berkembang tu lah yang paling win.

Idea tak tumbuh dari perancangan – ia tumbuh dari tindakan

Rainey dan Lovy, pengasas Binq Dessert | Flatlay bingsu signature dari Binq Dessert

Rainey dan Lovy memang peminat tegar bingsu. Setiap minggu mesti makan. Tapi lama-lama, diaorang perasan – susah nak jumpa tempat yang betul-betul sedap.

Dari situlah timbul idea.

Diaorang tak nak kerja pejabat. Jadi, kumpul RM5,000, beli mesin bingsu dari Taobao, dan terus try buat sendiri. Tak ada business plan. Tak ada kedai fancy. Cuma ikut gerak hati.

Kawan-kawan & family jadi tukang rasa. Setiap minggu, cuba perisa baru, kutip feedback, dan tweak resepi. Ada yang orang suka, ada yang tak. Tapi dari situ, pelan-pelan, idea buka kedai sendiri makin jelas.

Sekarang? Binq Dessert jadi jenama yang ramai kenal – bukan sebab bingsu je, tapi sebab kreativiti, vibe, dan effort di sebalik setiap mangkuk.

Sebab apa? Sebab diaorang tak tunggu masa sesuai. Diaorang terus buat.

Benda lama pun boleh jadi bisnes legend

Team Merchant’s Lane | Meja penuh dengan menu ikonik Merchant’s Lane

Masa Ken jumpa tempat yang sekarang jadi Merchant’s Lane, tempat tu memang… nazak. Dinding lusuh, siling buruk – tempat tu dulu rumah pelacuran lama kat atas lot kedai area Chinatown.

Orang lain dah lama blah. Tapi Ken nampak potensi.

Dengan idea dan kerja gila-gila, dia ubah tempat tu jadi salah satu kafe paling dikenali kat KL – dari makanan berat, dessert manis, sampai kopi yang ramai repeat order. Ruang tu kekalkan ‘vibe’ asal – batu bata terbuka, elemen lama – semua tu bagi jiwa kat tempat tu.

Tak perlu tempat baru. Yang penting, rasa real dan ada cerita.

Merchant’s Lane jadi legend bukan sebab glam, tapi sebab dia ada identiti sendiri. Ken tak ‘padam’ sejarah tempat tu – dia jadikan ia sebahagian dari pengalaman.

Kadang-kadang, kejayaan datang bila kita bagi nyawa baru kat benda lama.

Boleh je buat banyak kerja – asal ada sistem yang tolong

Team The Flint Café & Roastery | Meja dengan hidangan signature Flint

Buka kafe pun dah sibuk. Tapi Daniel? Dia DJ, model, usahawan – dan masih sempat turun padang kerja sama-sama dengan team.

Apa rahsia dia? Sistem.

Dekat Flint Café & Roastery, Daniel guna sistem yang mudahkan operasi – walaupun dia tak ada kat kedai. Dari laporan jualan automatik, jadual staf, sampai program loyalti, semua dia urus dengan sistem POS dia.

Guna StoreHub, dia boleh tengok prestasi, semak jualan, dan urus semua dari phone je. Sistem ni yang bagi dia ruang untuk terus kejar passion lain sambil bisnes still jalan macam biasa.

Pegang banyak topi memang penat. Tapi bila sistem jaga belakang, kita boleh fokus benda yang betul-betul penting – sama ada nak branding kedai… atau nak perform kat event hujung minggu.

Viral tu best… tapi tak kekal. Jadi, bina bisnes yang orang nak datang balik

Ilyas, pengasas Sugar And I, dengan sistem POS StoreHub | Bomboloni ikonik dari Sugar And I

Tak semua bisnes dapat peluang viral. Tapi kalau viral tu datang… lepas tu apa?

Sebab benda viral ni kejap je. Tweet boleh meletup. Video boleh trending. Tapi bila habis, bisnes tu boleh survive ke?

Sugar And I ada jawapannya.

Salah satu benda paling bijak diaorang buat – banyak kolaborasi dengan brand tempatan lain. Macam crème puff dengan Dao Desserts – terus jadi hot item.

Kedai dia kat TTDI pun share space dengan Kopikku dan Big Boss HSP – satu konsep kafe multi-brand yang fresh.

Diaorang juga rajin buat aktiviti yang libatkan komuniti. Contohnya 30 Hari Giveaway masa Ramadan – bekerjasama dengan lebih 20 bisnes tempatan untuk bagi balik kat pelanggan.

Diaorang siap buat sesi rasa percuma untuk produk baru – jemput followers datang dan jadi sebahagian dari konten promosi. Dan Ilyas, pengasas dia, memang jujur – share semua ups & downs kat media sosial, termasuk bila dia terpaksa tutup beberapa cawangan.

Memang susah nak kekal momentum lepas viral. Tapi Sugar And I bukti – bila kita utamakan komuniti, jujur, dan tak putus usaha, brand kita boleh terus hidup dan berkembang.

Recent Comments

Share this Post

Read these next

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com