Bila nak pilih sistem POS untuk restoran atau kafe anda, pilihan yang betul boleh beri kesan besar pada operasi harian.
Sekarang ni, sistem POS yang bagus bukan sekadar untuk terima bayaran saja – tapi juga membantu urus bisnes F&B anda dengan lebih efisien, dari pantau stok sampai automasi program kesetiaan pelanggan.
Dengan banyak pilihan POS di Malaysia, penting untuk pilih yang betul-betul sesuai dengan keperluan bisnes anda.
Dua sistem point-of-sale (POS) yang terkenal untuk bisnes F&B di Malaysia ialah StoreHub dan EasyEat. Kedua-duanya ada fungsi macam pengurusan pesanan, pemprosesan bayaran, dan pantau stok, tapi cara mereka bantu bisnes adalah berbeza.
Jadi, POS mana yang paling sesuai untuk restoran dan kafe di Malaysia? Perbandingan StoreHub vs EasyEat ini akan bantu anda buat keputusan yang tepat.
Apa itu StoreHub?

StoreHub ialah sistem POS berasaskan cloud yang mudah digunakan untuk bantu bisnes F&B uruskan semuanya – jualan, stok, staf, dan pelanggan – dalam satu platform.
Dipercayai oleh lebih 18,000 bisnes di Asia Tenggara, StoreHub automasikan kerja-kerja manual yang ambil masa lama, seperti kemaskini stok, laporan jualan, dan penglibatan pelanggan. Jadi, anda tak perlu buat semua ni secara manual – biar sistem POS buat kerja, anda fokus pada urus dan kembangkan bisnes.
Dengan satu sistem yang lengkap, StoreHub membolehkan anda pantau jualan, tengok stok, dan urus staf bila-bila masa, di mana saja – sama ada di kedai, di rumah, atau sambil bergerak.
Ciri Utama StoreHub di Malaysia
- Pengurusan Stok: Jejak stok bahan mentah secara real-time, dapat notifikasi bila stok hampir habis, dan ramal penggunaan untuk kurangkan pembaziran serta kawal kos.
- Pengurusan Pekerja: Urus jadual kerja staf, pantau prestasi, dan pastikan kehadiran tepat dengan ‘clock-in’ bergambar. Laporan jam kerja dan aktiviti staf disediakan secara automatik.
- QR Order & Pay: Pelanggan boleh tengok menu, buat pesanan, dan bayar terus dari telefon pintar – kurangkan masa tunggu, tingkatkan pengalaman makan tanpa hassle.
- Kitchen Display System (KDS): Pesanan dari POS, QR Order & Pay, dan platform penghantaran terus masuk ke paparan dapur digital – membantu staf lebih teratur dan servis lebih cepat.
- StoreHub Loyalty: Tingkatkan jualan ulangan dengan program kesetiaan pelanggan yang boleh diubahsuai, menawarkan cashback, promosi, dan ganjaran bertingkat – semua terus dalam sistem POS anda.
Apa itu EasyEat?

Kredit Gambar: Halaman web rasmi EasyEat
EasyEat ialah sistem POS di Malaysia yang direka khusus untuk bisnes F&B. Ia membantu restoran dan kafe digitalkan operasi harian, menggantikan proses manual.
Ciri Utama EasyEat di Malaysia
- Sistem POS: Digitalisasikan proses ambil pesanan dan pembayaran.
- QR Table Ordering: Pelanggan boleh imbas kod QR, tengok menu, buat pesanan, dan bayar dari telefon.
- Program Kesetiaan: Ganjar pelanggan tetap dengan promosi dan diskaun.
- Pengurusan Stok: Pantau stok dan penggunaan bahan mentah.
StoreHub vs EasyEat: Perbandingan Utama
StoreHub | EasyEat | |
Harga Software | Dari RM102/bulan (bayaran tahunan) | Dari RM125/bulan (Lite) atau RM299/bulan (Pro) |
Harga Perkakasan (Hardware) | StoreHub Android D3 Pro: RM1,690 StoreHub Android Falcon1: RM1,890 StoreHub Android D3 Mini: RM1,890 | iPad: RM1,700 |
Kitchen Display System (KDS) | ✅ Ada KDS diintegrasi untuk mempercepatkan operasi dapur | ❌ Tiada |
e-Invois | ✅ Yes Hantar e-Invois secara automatik kepada portal LHDN setiap bulan | ❌ Tiada |
Program Kesetiaan | ✅ Yes Boleh ubahsuai penuh termasuk cashback, diskaun, promosi, ganjaran bertingkat | ✅ Yes Fokus pada referral, diskaun, promosi |
Ciri-Ciri Lain | Pengurusan stok Pengurusan staf Pengurusan Multi-cawangan Laporan masa nyata Pesanan online (Beep Delivery) Takeaway / Pickup QR Order & Pay SMS Marketing automatik | Pengurusan stok Pesanan Pengurusan staf SMS Marketing QR Ordering |
StoreHub vs EasyEat: Sedia Untuk e-Invois

e-Invois adalah masa depan pematuhan cukai di Malaysia. Walaupun tarikh pelaksanaan untuk SME ditunda ke 2026, bisnes F&B yang bersedia awal akan ada kelebihan besar.
Kalau tukar kepada sistem POS yang sedia untuk e-invoicing sekarang, anda akan kurang kerja manual, kurang risiko kesilapan, dan operasi harian akan lebih lancar bila masa tu tiba.
Dengan StoreHub, anda boleh keluarkan invois dengan sekali klik, dan sistem akan automasi penghantaran ke LHDN setiap hujung bulan. Tak perlu lagi isi berpuluh-puluh medan data secara manual.
Sebaliknya, EasyEat masih belum sokong e-invoicing. Jadi pengguna perlu buat invois dan hantar laporan cukai secara manual – tambah kerja, risiko silap lebih tinggi, dan lebih susah untuk patuh undang-undang cukai di masa depan.
StoreHub vs EasyEat: Harga dan Kos
Bila pilih sistem POS, harga memang faktor penting. Tapi sebenarnya, bukan sekadar cari yang paling murah – yang penting adalah nilai yang anda dapat untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
StoreHub menawarkan harga bermula RM102 sebulan dengan semua ciri penting dah termasuk sekali – pengurusan stok real-time, laporan jualan automatik, pengurusan staf, dan program kesetiaan pelanggan yang lengkap. Tak perlu beli software tambahan atau latih staf guna banyak sistem berasingan.
EasyEat pula bermula RM125 sebulan, dan ada kos tambahan untuk ciri tertentu. Untuk restoran atau kafe kecil, ini mungkin jadi beban kos yang tinggi dalam jangka panjang.
Dengan StoreHub, anda dapat harga telus tanpa caj tersembunyi dan semua yang anda perlukan untuk jalankan dan kembangkan bisnes.
StoreHub vs EasyEat: Mana Pilihan Terbaik Untuk Bisnes F&B Anda?

Kedua-dua StoreHub dan EasyEat tawarkan solusi POS yang bagus untuk bisnes F&B di Malaysia.
Kalau anda cuma perlukan ciri asas seperti ambil pesanan, proses bayaran, dan pantau stok, EasyEat boleh jadi pilihan.
Tapi kalau anda nak sistem yang lengkap, mudah berkembang, automasikan kerja harian, jimat kos, dan tingkatkan efisiensi – StoreHub adalah pelaburan jangka panjang yang lebih bijak.
Dengan lebih 17,000 bisnes di Asia Tenggara yang mempercayai StoreHub, sistem ini direka untuk sokong bisnes F&B pada setiap peringkat – dari mula berniaga, buka cawangan baru, hingga urus multi-lokasi.
Daripada automasi pengurusan stok dan jualan, hingga pengurusan staf dan kesetiaan pelanggan, StoreHub bebaskan masa anda daripada kerja manual, supaya anda boleh fokus pada perkara paling penting – kembangkan bisnes anda.
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments