Dalam bisnes restoran servis pantas (QSR), setiap saat memang penting. Staf kena urus pesanan yang masuk bertalu-talu sambil pastikan servis pantas supaya pelanggan tak menunggu lama dan operasi berjalan lancar.
Itu sebabnya sistem POS yang bagus dan boleh harap memang wajib ada. Bukan setakat ambil pesanan dan buat bayaran je, tapi juga kena boleh pantau stok secara real-time, keluarkan laporan berguna, dan bantu mudahkan kerja harian.
Dengan macam-macam pilihan kat luar sana, pilih sistem POS yang betul memang boleh buat pening. Jadi dalam blog ni, kita akan tengok tiga sistem POS paling top untuk restoran servis pantas: StoreHub, FeedMe, dan Loyverse.
Kita akan bandingkan ciri-ciri, harga, dan apa yang best tentang setiap satu – supaya anda boleh pilih ikut keperluan bisnes anda.
1. StoreHub

StoreHub ialah sistem POS berasaskan cloud yang direka khas untuk keperluan QSR. Sama ada kafe, restoran fast casual, atau gerai makanan – StoreHub mudahkan operasi dengan keperluan yang memang direka untuk kerja laju dan lancar.
Dengan lebih 30 fungsi hebat, StoreHub bantu anda jejak jualan secara live, pantau stok bahan mentah, dan urus staf – semua dari satu dashboard yang senang.
Antara ciri utamanya termasuk Kitchen Display System (KDS) yang mempercepatkan proses pesanan dan kurangkan kesilapan, sistem QR Order & Pay yang membolehkan pelanggan order dan bayar terus dari telefon mereka, serta Beep Delivery – platform penghantaran terbina dalam yang membolehkan anda urus delivery sendiri tanpa perlu bergantung pada GrabFood atau Foodpanda.
Ciri-Ciri StoreHub untuk QSR
- Pengurusan Inventori: Alert bila stok low & boleh ramal permintaan
- Pengurusan Staf: Clock-in pakai gambar, shift tracking automatik
- QR Order & Pay: Kurangkan masa tunggu, tingkatkan pusing ganti meja
- Kitchen Display System (KDS): Pesanan terus masuk ke dapur, kurang kesilapan
- Pengurusan Multi-Lokasi: Urus semua cawangan dari satu tempat
- StoreHub Loyalty: Ganjaran automatik, offer personal, SMS marketing
- Beep Delivery: Urus delivery sendiri dengan kos lebih rendah
- e-Invois: Automasi invois & hantar bulanan untuk patuh cukai
Harga StoreHub untuk QSR
Produk | Harga |
Software | Dari RM102/bulan, termasuk:Fungsi pengurusan staf tanpa had (percuma)Pengurusan inventoriIntegrasi |
Hardware | StoreHub Android Falcon1: RM1,890 StoreHub Android D3 Pro: RM1,690 |
Kenapa StoreHub Berbaloi?
StoreHub mempunyai semua fungsi penting dalam satu sistem. Tak perlu bayar extra untuk ciri tambahan. Anda jimat kos, jimat masa, dan boleh fokus grow bisnes.
Nak sistem loyalty? Dah ada. Nak delivery? Ada Beep. Nak pantau jualan & staf? Semua dalam dashboard.
Kesimpulannya, StoreHub sesuai untuk restoran yang nak jalan lancar, kurang silap, dan senang nak scale.
2. FeedMe

Kredit Gambar: Laman web rasmi Flex Software
FeedMe ialah sistem POS untuk F&B yang bagi fungsi asas macam urus pesanan, pantau jualan, dan jejak stok.
Ciri-Ciri Utama FeedMe
- KDS: Pesanan masuk direct ke dapur
- Order Display: Tunjuk status pesanan untuk pelanggan & rider
- Stok: Alert bila stok nak habis
- Laporan Jualan: Akses data masa nyata
Harga FeedMe untuk QSR
Produk | Harga |
Software | Dari RM39/bulan |
Hardware | V3 Mix: RM2,199 D3 Pro: RM2,799 – RM3,29 9Kiosk: RM5,649 |
Apa Kelebihannya?
FeedMe senang guna dan cukup untuk operasi harian asas. Tapi kalau nak CRM, loyalty, dan ciri tambahan lain – kena bayar lebih. Kos hardware pun agak tinggi. Kalau anda plan nak scale bisnes, kena fikir pasal kos jangka panjang juga.
3. Loyverse

Kredit Gambar: Laman web rasmi Loyverse
Loyverse ialah POS mudah alih – guna smartphone atau tablet pun boleh. Sesuai untuk restoran kecil atau yang baru nak mula.
Ciri-Ciri Loyverse
- Jejak inventori & dapat alert bila stok habis
- Pantau kehadiran & waktu kerja staf
- Analisis jualan untuk tahu produk mana paling laku
Harga Loyverse untuk QSR
Product | Pricing |
Software | Percuma, tetapi ciri tambahan memerlukan bayaran extra. + Sejarah jualan tanpa had: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran) + Pengurusan staf: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran) + Pengurusan inventori lanjutan: $25/sebulan/kedai (~RM107.24, bergantung kepada kadar tukaran) |
Hardware | Loyverse tidak menjual perkakasan POS secara langsung tetapi bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan peralatan tambahan seperti pengimbas dan pencetak. |
Patutkah Anda Guna Loyverse?
Kalau anda nak mula dengan bajet rendah, Loyverse boleh jadi pilihan. Tapi bila bisnes berkembang, banyak fungsi penting perlukan add-on berbayar. Tiada delivery built-in—kena cari sistem tambahan.
Perbandingan: StoreHub vs FeedMe vs Loyverse
StoreHub | FeedMe | Loyverse | |
Inventory Management | ✅ Ada | ✅ Ada | ✅ Ada |
Loyalty Programme | ✅ Ada StoreHub Loyalty menawarkan program kesetiaan yang lengkap, termasuk pulangan tunai (cashback), diskaun, promosi yang boleh disesuaikan, dan ganjaran bertingkat – semuanya disepadukan sepenuhnya dengan sistem POS StoreHub.Ia juga dilengkapi dengan pemasaran SMS automatik untuk hantar peringatan, tawaran istimewa, dan mesej engagement terus kepada pelanggan anda. | ✅ Ada Tersedia dengan pelan Connect Premium, yang memerlukan bayaran tambahan sebanyak RM90 sebulan – meningkatkan jumlah kos keseluruhan anda. | ✅ Ada Menawarkan ciri kesetiaan asas seperti pengumpulan mata dan kad loyalty, tetapi tidak menyokong ganjaran bertingkat atau program pulangan tunai (cashback). |
Online Delivery, Takeaway, and Pickup | ✅ Ada Beep Delivery membolehkan anda buka saluran pendapatan baru dengan menawarkan pilihan penghantaran, bawa pulang (takeaway), dan ambil sendiri (pickup). | ❌ Tiada Memerlukan integrasi dengan platform penghantaran makanan pihak ketiga untuk membolehkan pesanan online, bawa pulang (takeaway), dan ambil sendiri (pickup) – menambah langkah tambahan dan kos kepada bisnes anda. | ❌ Tiada Anda perlu membeli dan mengurus sistem yang berasingan. |
Software Pricing | Dari RM102/bulan, termasuk: Fungsi pengurusan staf tanpa had (percuma) Pengurusan inventori Integrasi | Dari RM39/bulan | Percuma, tetapi ciri tambahan memerlukan bayaran extra. + Sejarah jualan tanpa had: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran) + Pengurusan staf: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran) + Pengurusan inventori lanjutan: $25/sebulan/kedai (~RM107.24, bergantung kepada kadar tukaran) |
Hardware Pricing | StoreHub Android Falcon1: RM1,89 0 StoreHub Android D3 Pro: RM1,690 | V3 Mix: RM2,199 D3 Pro: RM2,799 – RM3,299 Kiosk: RM5,649 | Loyverse tidak menjual perkakasan POS secara langsung tetapi bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan peralatan tambahan seperti pengimbas dan pencetak. |
Jadi, Mana Satu Sesuai Untuk Restoran Anda?

Bila anda nak pilih sistem POS untuk QSR anda, penting untuk fikir bukan saja keperluan sekarang, tapi juga potensi perkembangan bisnes di masa depan.
FeedMe tawarkan solusi permulaan yang baik dengan ciri asas seperti penjejakan pesanan dan pengurusan inventori. Tapi, banyak ciri tambahan berguna seperti pengurusan hubungan pelanggan (CRM) perlu bayaran bulanan tambahan. Kos perkakasan juga agak tinggi berbanding pilihan lain, yang boleh meningkatkan kos permulaan.
Loyverse pula sesuai untuk restoran kecil yang baru nak mula sebab ia percuma dan sediakan ciri asas. Tapi bila bisnes makin berkembang, fungsi penting seperti pengurusan cawangan berganda dan kawalan inventori lanjutan akan datang dengan kos tambahan. Loyverse juga tiada fungsi delivery atau pickup terbina dalam – jadi anda perlu guna integrasi pihak ketiga, yang tambah kerumitan dan kos.
Sementara itu, StoreHub menyerlah sebagai sistem POS all-in-one terbaik untuk restoran servis pantas yang nak berkembang dengan yakin dan efisien.
Dengan lebih 30 ciri terbina seperti program loyalty, QR ordering, sistem dapur (KDS), dan platform delivery sendiri yang lengkap – StoreHub tawarkan satu ekosistem yang menyeluruh, tanpa caj tersembunyi atau add-on mahal.
Platform berasaskan cloud StoreHub juga automasi tugas penting, kurangkan kerja manual, dan beri data masa nyata – supaya anda boleh urus operasi dengan lebih lancar tanpa gangguan dari kos tambahan tak dijangka atau sekatan fungsi bila bisnes anda berkembang.
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments