Industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia sedang mengalami transformasi yang sangat ketara. Daripada penggunaan teknologi AI hingga program kesetiaan pelanggan yang lebih pintar, cara perniagaan beroperasi telah banyak berubah. Jika anda ingin kekal bersaing pada tahun 2025 dan seterusnya, menyediakan makanan yang sedap sahaja sudah tidak mencukupi.
Anda juga perlu menyesuaikan diri dengan arah aliran industri yang baharu.
Sama ada anda menjalankan gerai makan di Penang atau restoran moden di tengah-tengah KL, berikut adalah trend F&B utama di Malaysia yang perlu anda beri perhatian.
Pengalaman Makan Berteknologi Kini Jadi Kebiasaan
Masih terdapat banyak perniagaan F&B yang bergantung kepada cara lama — menulis resit secara manual, menjerit pesanan ke dapur, dan mengira stok di hujung hari. Malangnya, proses ini bukan sahaja lambat, tetapi juga meningkatkan risiko kesilapan dan mengurangkan kualiti layanan kepada pelanggan.
Kini, digitalisasi bermula dengan pengalaman pelanggan. Sistem pesanan menggunakan kod QR semakin menjadi norma di restoran, kafe, dan juga gerai makan. Pelanggan hanya perlu imbas kod, buat pesanan, dan bayar terus melalui telefon bimbit mereka.
Sebagai contoh, StoreHub QR Order & Pay membolehkan proses pesanan berjalan lebih lancar, mengurangkan masa menunggu dan mengelakkan kesilapan komunikasi. Ini memberi ruang kepada staf untuk memberi tumpuan kepada layanan pelanggan yang lebih efisien dan mesra.
Di dapur pula, Kitchen Display System (KDS) telah menggantikan sistem tiket kertas. Pesanan dihantar terus dari sistem POS ke skrin dapur, lengkap dengan susunan menu dan meja. Ini membantu mempercepatkan penyediaan makanan, mengurangkan kekeliruan semasa waktu puncak, dan mengelakkan pembaziran akibat kesilapan pesanan.
Untuk pengurusan stok pula, banyak perniagaan telah beralih kepada sistem pintar yang diintegrasi dengan POS. Sistem ini memantau penggunaan bahan secara masa nyata, memberi notifikasi apabila stok hampir habis, dan mencadangkan kuantiti restok berdasarkan corak pembelian terdahulu. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga memberi kawalan kos yang lebih baik dalam situasi harga bahan mentah yang terus meningkat.
Model perniagaan seperti cloud kitchen dan jenama maya juga semakin popular, terutamanya di kawasan bandar. Dengan hanya satu dapur, anda boleh jalankan beberapa jenama makanan sekaligus, tanpa kos tinggi membuka ruang makan. Semua pesanan dari platform seperti Grab dan foodpanda boleh diuruskan dari satu sistem POS. Ia adalah kaedah skalabiliti yang lebih selamat dan fleksibel, terutamanya untuk usahawan baharu.
Kesetiaan Pelanggan Jadi Kunci Pertumbuhan

Dalam pasaran yang semakin sesak, mendapatkan pelanggan baharu bukan lagi cabaran utama. Yang lebih penting ialah mengekalkan pelanggan sedia ada.
Sistem kad cop yang biasa digunakan dahulu kini dilihat tidak praktikal — mudah hilang, sukar dijejak, dan tidak memberi gambaran jelas tentang tingkah laku pelanggan.
Kini, lebih banyak perniagaan beralih kepada program kesetiaan digital yang diintegrasikan terus dengan sistem POS. Contohnya, StoreHub Loyalty secara automatik memberikan ganjaran seperti cashback, mata ganjaran, atau baucar kepada pelanggan tanpa perlu kad fizikal atau pengiraan manual.
Setiap transaksi direkodkan dan anda boleh membina pangkalan data pelanggan yang komprehensif — tahu siapa pelanggan tetap anda, kekerapan mereka datang, dan apa yang mereka gemari.
Dengan maklumat ini, anda boleh merancang promosi yang lebih tepat, seperti ganjaran tambahan pada hari tertentu, atau tawaran eksklusif kepada pelanggan berbelanja tinggi. StoreHub juga membolehkan sistem menghantar peringatan automatik melalui SMS apabila pelanggan hampir layak untuk ganjaran — satu cara efektif untuk menggalakkan kunjungan semula.
Sama ada anda menguruskan kafe, kedai dessert, atau restoran servis penuh, sistem kesetiaan yang pintar mampu menukar pelanggan biasa menjadi pelanggan setia — dan pelanggan setia menjadi penyokong jenama anda dalam jangka masa panjang.
AI Mendorong Revolusi Dalam Operasi F&B
Teknologi AI dijangka memainkan peranan besar dalam industri F&B, dengan pertumbuhan global bernilai lebih USD 67 bilion menjelang 2030. Di Malaysia, kesannya semakin jelas.
Dalam operasi, AI membantu menganalisis data jualan, kos bahan mentah, dan pilihan pelanggan untuk membentuk strategi harga dan reka bentuk menu yang lebih berkesan. Sesetengah perniagaan juga telah menggunakan AI untuk mencipta kombinasi resipi baharu — mempercepatkan proses R&D dan mengurangkan pembaziran bahan.
Dalam bidang pemasaran, AI membolehkan anda menyasarkan promosi kepada segmen pelanggan tertentu. Contohnya, tawaran diskaun kepada peminat matcha, atau promosi ulang tahun secara automatik kepada pelanggan setia.
Pengurusan stok juga dipertingkatkan dengan AI. Sistem ini boleh meramal permintaan berdasarkan data jualan terdahulu dan tren bermusim, lalu membantu anda membuat keputusan pembelian yang lebih tepat dan mengurangkan kerugian akibat stok rosak atau habis terlalu awal.
Malah, AI kini digunakan untuk meningkatkan khidmat pelanggan melalui chatbot — menjawab soalan lazim, mengambil tempahan, atau mencadangkan menu tambahan berdasarkan corak pesanan pelanggan terdahulu. Ini mempercepatkan interaksi dan mengurangkan beban pada staf semasa waktu sibuk.
Pengiktirafan Michelin Galakkan Standard Yang Lebih Tinggi

Kredit Gambar: foodforthought.com
Dulu, bila sebut Michelin Star, orang bayangkan restoran mewah di luar negara. Tapi kini, restoran tempatan — termasuk kedai keluarga — juga diiktiraf.
Contohnya, Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery di Penang menerima bintang Michelin kerana mengekalkan keaslian dan kualiti masakan Peranakan mereka. Ini membuktikan bahawa kecemerlangan tidak semestinya datang daripada dapur besar atau jenama antarabangsa.
Akibat pendedahan ini, pelanggan tempatan mula menilai keseluruhan pengalaman — bukan sekadar rasa makanan, tetapi juga persembahan hidangan, rekaan ruang, dan cerita di sebalik jenama.
Pemilik perniagaan F&B kini lebih teliti dalam membina identiti jenama mereka — daripada susun atur restoran, menu yang konsisten, hingga ke strategi pemasaran di media sosial. Pendek kata, pelanggan hari ini mencari pengalaman yang menyeluruh dan berkesan — bukan sekadar hidangan sedap.
Kesimpulan: Yang Berubah Akan Terus Bertahan
Industri F&B di Malaysia sedang mengalami perubahan besar, dan perubahan ini bukan sesuatu yang boleh dielakkan.
Jika anda masih menguruskan bisnes secara manual, bergantung pada anggaran, atau tidak memahami keperluan pelanggan semasa — anda sedang ketinggalan. Kini masa terbaik untuk melabur dalam alat dan sistem yang boleh membantu bisnes anda terus maju.
Sama ada anda menjalankan perniagaan di pusat bandar atau kawasan kejiranan, satu perkara pasti — pelanggan hari ini lebih celik teknologi, lebih teliti dalam pilihan, dan lebih menghargai pengalaman yang konsisten serta berkualiti.
Bisnes yang akan terus berkembang pada tahun 2025 adalah bisnes yang berani berubah — bukan yang menunggu masa untuk berubah.
Recent Comments