WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Features » 3 Sistem POS Terbaik Untuk Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR)

3 Sistem POS Terbaik Untuk Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR)

Staf dari restoran servis pantas (QSR) memberi makanan kepada pelanggan

Dalam bisnes restoran servis pantas (QSR), setiap saat memang penting. Staf kena urus pesanan yang masuk bertalu-talu sambil pastikan servis pantas supaya pelanggan tak menunggu lama dan operasi berjalan lancar.

Itu sebabnya sistem POS yang bagus dan boleh harap memang wajib ada. Bukan setakat ambil pesanan dan buat bayaran je, tapi juga kena boleh pantau stok secara real-time, keluarkan laporan berguna, dan bantu mudahkan kerja harian.

Dengan macam-macam pilihan kat luar sana, pilih sistem POS yang betul memang boleh buat pening. Jadi dalam blog ni, kita akan tengok tiga sistem POS paling top untuk restoran servis pantas: StoreHub, FeedMe, dan Loyverse.

Kita akan bandingkan ciri-ciri, harga, dan apa yang best tentang setiap satu – supaya anda boleh pilih ikut keperluan bisnes anda.

1. StoreHub

Sistem POS StoreHub di QSR di Malaysia

StoreHub ialah sistem POS berasaskan cloud yang direka khas untuk keperluan QSR. Sama ada kafe, restoran fast casual, atau gerai makanan – StoreHub mudahkan operasi dengan keperluan yang memang direka untuk kerja laju dan lancar.

Dengan lebih 30 fungsi hebat, StoreHub bantu anda jejak jualan secara live, pantau stok bahan mentah, dan urus staf – semua dari satu dashboard yang senang.

Antara ciri utamanya termasuk Kitchen Display System (KDS) yang mempercepatkan proses pesanan dan kurangkan kesilapan, sistem QR Order & Pay yang membolehkan pelanggan order dan bayar terus dari telefon mereka, serta Beep Delivery – platform penghantaran terbina dalam yang membolehkan anda urus delivery sendiri tanpa perlu bergantung pada GrabFood atau Foodpanda.

Ciri-Ciri StoreHub untuk QSR

Harga StoreHub untuk QSR

ProdukHarga
SoftwareDari RM102/bulan, termasuk:Fungsi pengurusan staf tanpa had (percuma)Pengurusan inventoriIntegrasi
HardwareStoreHub Android Falcon1: RM1,890
StoreHub Android D3 Pro: RM1,690

Kenapa StoreHub Berbaloi?

StoreHub mempunyai semua fungsi penting dalam satu sistem. Tak perlu bayar extra untuk ciri tambahan. Anda jimat kos, jimat masa, dan boleh fokus grow bisnes.

Nak sistem loyalty? Dah ada. Nak delivery? Ada Beep. Nak pantau jualan & staf? Semua dalam dashboard.

Kesimpulannya, StoreHub sesuai untuk restoran yang nak jalan lancar, kurang silap, dan senang nak scale.

2. FeedMe

Sistem POS FeedMe

Kredit Gambar: Laman web rasmi Flex Software

FeedMe ialah sistem POS untuk F&B yang bagi fungsi asas macam urus pesanan, pantau jualan, dan jejak stok.

Ciri-Ciri Utama FeedMe

  • KDS: Pesanan masuk direct ke dapur
  • Order Display: Tunjuk status pesanan untuk pelanggan & rider
  • Stok: Alert bila stok nak habis
  • Laporan Jualan: Akses data masa nyata

Harga FeedMe untuk QSR

ProdukHarga
SoftwareDari RM39/bulan
HardwareV3 Mix: RM2,199
D3 Pro: RM2,799 – RM3,29
9Kiosk: RM5,649

Apa Kelebihannya?

FeedMe senang guna dan cukup untuk operasi harian asas. Tapi kalau nak CRM, loyalty, dan ciri tambahan lain – kena bayar lebih. Kos hardware pun agak tinggi. Kalau anda plan nak scale bisnes, kena fikir pasal kos jangka panjang juga.

3. Loyverse

Sistem POS Loyverse

Kredit Gambar: Laman web rasmi Loyverse

Loyverse ialah POS mudah alih – guna smartphone atau tablet pun boleh. Sesuai untuk restoran kecil atau yang baru nak mula.

Ciri-Ciri Loyverse

  • Jejak inventori & dapat alert bila stok habis
  • Pantau kehadiran & waktu kerja staf
  • Analisis jualan untuk tahu produk mana paling laku

Harga Loyverse untuk QSR

ProductPricing
SoftwarePercuma, tetapi ciri tambahan memerlukan bayaran extra.

+ Sejarah jualan tanpa had: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran)
+ Pengurusan staf: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran)
+ Pengurusan inventori lanjutan: $25/sebulan/kedai (~RM107.24, bergantung kepada kadar tukaran)
HardwareLoyverse tidak menjual perkakasan POS secara langsung tetapi bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan peralatan tambahan seperti pengimbas dan pencetak.

Patutkah Anda Guna Loyverse?

Kalau anda nak mula dengan bajet rendah, Loyverse boleh jadi pilihan. Tapi bila bisnes berkembang, banyak fungsi penting perlukan add-on berbayar. Tiada delivery built-in—kena cari sistem tambahan.

Perbandingan: StoreHub vs FeedMe vs Loyverse

StoreHubFeedMeLoyverse
Inventory Management✅ Ada✅ Ada✅ Ada
Loyalty Programme✅ Ada

StoreHub Loyalty menawarkan program kesetiaan yang lengkap, termasuk pulangan tunai (cashback), diskaun, promosi yang boleh disesuaikan, dan ganjaran bertingkat – semuanya disepadukan sepenuhnya dengan sistem POS StoreHub.Ia juga dilengkapi dengan pemasaran SMS automatik untuk hantar peringatan, tawaran istimewa, dan mesej engagement terus kepada pelanggan anda.
✅ Ada

Tersedia dengan pelan Connect Premium, yang memerlukan bayaran tambahan sebanyak RM90 sebulan – meningkatkan jumlah kos keseluruhan anda.
✅ Ada

Menawarkan ciri kesetiaan asas seperti pengumpulan mata dan kad loyalty, tetapi tidak menyokong ganjaran bertingkat atau program pulangan tunai (cashback).
Online Delivery, Takeaway, and Pickup✅ Ada

Beep Delivery membolehkan anda buka saluran pendapatan baru dengan menawarkan pilihan penghantaran, bawa pulang (takeaway), dan ambil sendiri (pickup).
❌ Tiada

Memerlukan integrasi dengan platform penghantaran makanan pihak ketiga untuk membolehkan pesanan online, bawa pulang (takeaway), dan ambil sendiri (pickup) – menambah langkah tambahan dan kos kepada bisnes anda.
❌ Tiada

Anda perlu membeli dan mengurus sistem yang berasingan.
Software PricingDari RM102/bulan, termasuk:

Fungsi pengurusan staf tanpa had (percuma)
Pengurusan inventori
Integrasi
Dari RM39/bulanPercuma, tetapi ciri tambahan memerlukan bayaran extra.

+ Sejarah jualan tanpa had: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran)
+ Pengurusan staf: $5/sebulan/kedai (~RM21.45, bergantung kepada kadar tukaran)
+ Pengurusan inventori lanjutan: $25/sebulan/kedai (~RM107.24, bergantung kepada kadar tukaran)
Hardware PricingStoreHub Android Falcon1: RM1,89
0
StoreHub Android D3 Pro: RM1,690
V3 Mix: RM2,199
D3 Pro: RM2,799 – RM3,299
Kiosk: RM5,649
Loyverse tidak menjual perkakasan POS secara langsung tetapi bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan peralatan tambahan seperti pengimbas dan pencetak.

Jadi, Mana Satu Sesuai Untuk Restoran Anda?

Staf QSR memberi order kepada pelanggan

Bila anda nak pilih sistem POS untuk QSR anda, penting untuk fikir bukan saja keperluan sekarang, tapi juga potensi perkembangan bisnes di masa depan.

FeedMe tawarkan solusi permulaan yang baik dengan ciri asas seperti penjejakan pesanan dan pengurusan inventori. Tapi, banyak ciri tambahan berguna seperti pengurusan hubungan pelanggan (CRM) perlu bayaran bulanan tambahan. Kos perkakasan juga agak tinggi berbanding pilihan lain, yang boleh meningkatkan kos permulaan.

Loyverse pula sesuai untuk restoran kecil yang baru nak mula sebab ia percuma dan sediakan ciri asas. Tapi bila bisnes makin berkembang, fungsi penting seperti pengurusan cawangan berganda dan kawalan inventori lanjutan akan datang dengan kos tambahan. Loyverse juga tiada fungsi delivery atau pickup terbina dalam – jadi anda perlu guna integrasi pihak ketiga, yang tambah kerumitan dan kos.

Sementara itu, StoreHub menyerlah sebagai sistem POS all-in-one terbaik untuk restoran servis pantas yang nak berkembang dengan yakin dan efisien.

Dengan lebih 30 ciri terbina seperti program loyalty, QR ordering, sistem dapur (KDS), dan platform delivery sendiri yang lengkap – StoreHub tawarkan satu ekosistem yang menyeluruh, tanpa caj tersembunyi atau add-on mahal.

Platform berasaskan cloud StoreHub juga automasi tugas penting, kurangkan kerja manual, dan beri data masa nyata – supaya anda boleh urus operasi dengan lebih lancar tanpa gangguan dari kos tambahan tak dijangka atau sekatan fungsi bila bisnes anda berkembang.

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com