Pernah terfikir, kenapa pelanggan masuk tapi tak order banyak? Kadang-kadang, masalahnya bukan pada makanan anda – tapi cara menu disusun. Dalam industri F&B yang laju macam sekarang, pelanggan buat keputusan dengan cepat. Tapi kalau menu anda susah nak faham, terlalu banyak pilihan, atau tulisan kecil sangat, mereka mungkin ragu-ragu nak order.
Bila pelanggan ambil masa lama nak pilih, servis pun jadi lambat. Hidangan yang best pun boleh terlepas pandang. Lama-lama, ini semua bagi kesan buruk – kurang pesanan, meja lambat kosong, dan untung pun makin susut.
Ramai pemilik kafe, restoran dan gerai tak sedar pun yang menu mereka sebenarnya jadi punca pelanggan kurang puas hati. Tapi bila jualan mula menurun, barulah perasan.
Dalam artikel ni, kita akan tengok kesilapan biasa yang ramai orang buat bila susun menu – dan macam mana nak betulkan dengan cara mudah tapi berkesan.
Masalah Rekaan Menu Yang Buat Pelanggan Tawar Hati
Terlalu Banyak Pilihan
Nampak macam bagus bila ada banyak pilihan, tapi sebenarnya boleh buat pelanggan pening. Bila tengok ada 50 – 60 item, mereka susah nak buat keputusan. Kajian pun tunjuk, otak manusia hanya boleh fokus dalam 8–15 pilihan je sebelum mula rasa penat.
Contohnya, kalau anda jual 30 jenis kopi, pelanggan mungkin ambil masa lama sangat nak pilih. Bila ini berlaku waktu sibuk, pesanan jadi lambat, dan meja pun tak berpusing cepat.
Tip: Pelbagai pilihan tu bagus, tapi jangan sampai pelanggan tak tahu nak pilih yang mana.
Tulisan Menu Kecil & Susah Nak Baca

Kalau tulisan kecil sangat, warna tak jelas, atau cahaya dalam kedai malap – pelanggan susah nak baca menu. Kadang sampai kena buka lampu telefon. Bila pelanggan tak nampak dengan jelas, mereka tak yakin nak order. Tambah-tambah kalau nak pilih air, lauk tambahan, atau pencuci mulut.
Kalau menu fizikal pula, cepat rosak. Kertas koyak, berminyak, warna pudar – semua ni buat pelanggan fikir, “Kedai ni bersih ke?”
Menu Tak Teratur & Berselerak
Kalau menu tak ada susunan jelas – starter sana, lauk sini, pencuci mulut tempat lain – pelanggan kena cari lama baru jumpa apa yang mereka nak. Lagi-lagi waktu ramai orang, mereka boleh hilang sabar. Bila susah nak pilih, peluang untuk jual add-on pun terlepas.
Cara Susun Menu Supaya Jualan Naik
Kecilkan Menu & Bahagi Ikut Kategori

Kredit Gambar: Laman Web Rasmi Flint Café & Roastery
Kurangkan item dalam setiap bahagian – sekitar 7–10 je cukup. Susun ikut urutan logik: makanan pembuka, makanan utama, lauk tambahan, minuman, pencuci mulut. Ini bantu pelanggan pilih dengan cepat dan yakin.
Contoh baik: Flint Café & Roastery. Mereka tak sumbat semua dalam satu senarai panjang. Mereka bahagi ikut kategori – contohnya “All‑Day Brunch”, “Chef’s Special”, “Nasi Lemak Series”, “Local Favourite”, dan sebagainya. Setiap kategori pendek je, dan ada penerangan ringkas untuk bantu pelanggan faham apa yang menarik.
Guna Label Untuk Tarik Perhatian
Kadang-kadang ada menu yang sedap tapi pelanggan tak order sebab tak perasan. Tambah label seperti “Bestseller” boleh bantu. Contohnya, Yummy Nasi Lemak House JB letak label pada Ayam Berempah mereka – dan terus nampak pesanan naik.
Label macam ni buat pelanggan rasa, “Eh, ramai order ni. Mesti sedap.” Tak payah ubah resepi atau buat diskaun pun.
Guna Menu QR Yang Senang Guna

Sekarang ramai pelanggan suka scan QR untuk order. Tapi kalau QR tu hanya link ke fail PDF, pelanggan kena tunggu lama, zoom in-out nak baca, dan susah nak cari menu. Ini boleh buat mereka stress sebelum sempat order.
Sebaiknya, guna sistem QR Order & Pay yang mesra pengguna seperti StoreHub. Dengan StoreHub, pelanggan boleh buka menu digital yang ringan dan senang untuk di-scroll, siap dengan susunan kategori yang jelas, gambar makanan, dan penerangan ringkas.
Mereka juga boleh pilih dan ubah pesanan ikut selera sendiri, bayar terus dari telefon, dan nikmati ganjaran seperti cashback. Pesanan pula terus masuk ke dapur tanpa perlu tulis tangan – jadi kurang silap dan lebih cepat.
Ini bukan saja mudahkan pelanggan, tapi juga ringankan kerja staf dan bantu perkhidmatan berjalan lebih lancar.
Kesimpulan
Menu bukan sekadar senarai makanan. Ia sebenarnya main peranan penting dalam pengalaman pelanggan. Kalau menu serabut, susah baca, atau tak ada susunan – pelanggan akan ambil masa lama, kurang order, dan anda rugi.
Dengan susun menu lebih kemas, jelas, dan mudah difahami, anda mudahkan pelanggan buat pilihan – dan ini bantu naikkan jualan serta buat pelanggan datang balik.
Recent Comments