WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Features » StoreHub Loyalty atau Eber: Yang mana lebih baik untuk restoran anda?

StoreHub Loyalty atau Eber: Yang mana lebih baik untuk restoran anda?

Seorang pemilik restoran Malaysia menghidangkan kopi kepada pelanggannya.

Sebagai pemilik restoran, anda mungkin pernah dengar tentang program kesetiaan seperti StoreHub Loyalty dan Eber.

Kedua-duanya terkenal (dan digemari) oleh pemilik restoran di Malaysia, terutamanya di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

Tetapi yang mana lebih sesuai untuk restoran anda?

Dalam artikel ini, kami akan membandingkan ciri-ciri, harga, dan manfaat kedua-dua program kesetiaan ini untuk membantu anda memilih yang terbaik dalam mengekalkan pelanggan setia anda.

Apa itu Eber?

Papan pemuka Eber.

Eber ialah platform penglibatan pelanggan yang membantu perniagaan mengekalkan pelanggan. Mereka menawarkan pelbagai ciri seperti program kesetiaan, kempen pemasaran, dan analitik.

Apa itu StoreHub Loyalty?

Seorang pemilik restoran Malaysia dengan StoreHub POS.

StoreHub Loyalty ialah program kesetiaan yang lancar dan bersepadu dengan sistem POS StoreHub anda. Ia membolehkan anda memberi ganjaran kepada pelanggan dengan promosi dalam talian dan cashback, memastikan mereka kembali dan terus berbelanja di restoran anda.

Program ini juga dilengkapi dengan StoreHub Engage, alat Pemasaran SMS Automatik yang membolehkan anda menghantar SMS yang diperibadikan dan disasarkan untuk mendorong jualan berulang.

Anda hanya memerlukan kurang dari satu minit untuk menetapkan kempen berikut:

  • Peringatan Cashback – Ingatkan pelanggan untuk menebus cashback mereka.
  • Promosi Hari Lahir – Buat pelanggan berasa istimewa pada hari lahir mereka dengan memberikan baucar percuma!
  • Menarik Kembali Pelanggan Lama – Hantar SMS automatik kepada pelanggan yang sudah lama tidak mengunjungi restoran anda.
  • Kempen Tersuai – Ada menu atau promosi baharu? Maklumkan kepada pelanggan anda dengan menghantar SMS yang diperibadikan.

StoreHub Loyalty atau Eber: Perbandingan Utama

Perbandingan jelas antara StoreHub Loyalty dan Eber:

StoreHub LoyaltyEber
Fungsi Utama– Ganjaran kepada pelanggan dengan kredit kedai, cashback, atau hadiah percuma – boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan dan pelanggan anda.
– Memudahkan proses penebusan dengan membolehkan pelanggan menebus ganjaran melalui telefon bimbit mereka.
– Pembangunan dan pertumbuhan pangkalan data pelanggan secara automatik.
StoreHub Engage: Hantar SMS automatik dan diperibadikan kepada pelanggan untuk memastikan mereka kembali.

– Ganjaran pelanggan melalui pelbagai mekanik, termasuk kad hadiah, baucar, keahlian, dan mata ganjaran.
– Menghantar SMS dan e-mel automatik yang menggalakkan pelanggan kembali dan menggunakan ganjaran mereka.
HargaPelan POS:
Starter: RM108/bulan (dibilkan setiap tahun)
Advanced: RM208/bulan (dibilkan setiap tahun)
Pro: RM416/bulan (dibilkan setiap tahun)

StoreHub Engage: RM990/tahun untuk SMS tanpa had pada kadar RM0.15/SMS
Pelan Langganan:
Lite: RM330/bulan (dibilkan setiap tahun)
Standard: RM1,430/bulan (dibilkan setiap tahun)
Scale: RM4,779/bulan (dibilkan setiap tahun)
Enterprise: RM16,744/bulan (dibilkan setiap tahun)
Integrasi POSYa

StoreHub Loyalty diintegrasikan sepenuhnya dengan POS StoreHub.
Ya

Tetapi perlu diintegrasikan dengan penyedia POS lain kerana Eber tidak mempunyai sistem POS tersendiri.

Mudah Digunakan: StoreHub Loyalty vs Eber

Menjalankan program kesetiaan tidak seharusnya menjadi sesuatu yang rumit.

Itulah sebabnya StoreHub Loyalty diintegrasikan sepenuhnya dengan POS StoreHub, menghapuskan keperluan untuk langganan tambahan, pemasangan, atau tenaga kerja ekstra. Dengan integrasi ini, pelanggan anda dapat kembali dengan lebih cepat dan kerap.

Anda boleh menyesuaikan dan menawarkan cashback serta kredit kedai terus dari POS StoreHub anda, manakala pelanggan hanya perlu imbas telefon mereka untuk menebus ganjaran.

Semudah itu!

Dan jika mereka masih belum menebus cashback atau sudah lama tidak mengunjungi restoran anda, anda boleh menghantar SMS automatik dan disasarkan melalui StoreHub Engage untuk mengingatkan mereka kembali.

Tonton video ini untuk melihat bagaimana Sugar And I, sebuah kafe dengan pelbagai cawangan di Lembah Klang, menggunakan StoreHub Engage untuk meningkatkan keuntungan mereka ketika berdepan cabaran perniagaan:

Walaupun Eber diintegrasikan dengan sistem POS lain, ini bermakna anda hanya terhad kepada sistem POS tertentu untuk menggunakan semua ciri Eber sepenuhnya.

Pengumpulan Data Pelanggan: StoreHub Loyalty atau Eber

Seorang pelanggan restoran Malaysia sedang menaip mesej di telefonnya.

Mengumpul data pelanggan boleh menjadi tugas yang rumit dan memakan masa.

Tidak kira betapa sibuknya restoran anda, kakitangan masih perlu meluangkan masa untuk meminta nombor telefon dan e-mel pelanggan. Tetapi selalunya, pelanggan tidak berminat atau terlalu tergesa-gesa untuk menulis maklumat mereka secara manual.

StoreHub Loyalty menjadikan proses untuk mengumpul data pelanggan lebih mudah.

Anda boleh mengumpulnya melalui pelbagai cara seperti pesanan dalam talian, QR Order & Pay, dan cashback. Jika pelanggan memilih untuk membayar di kaunter, mereka boleh mengimbas kod QR pada paparan POS untuk mendaftar dan menebus ganjaran mereka.

Yang terbaik? Semua data pelanggan diselaraskan dan diintegrasikan dengan POS StoreHub, membolehkan anda mengaksesnya bersama laporan jualan dan analitik anda dalam satu platform, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ringkasan: yang mana lebih baik untuk restoran anda – StoreHub Loyalty atau Eber?

Jika anda hanya mencari program kesetiaan atau sistem untuk memberi ganjaran kepada pelanggan, maka Eber mungkin sesuai untuk anda.

Tetapi jika anda mahukan penyelesaian serba lengkap yang mudah digunakan dan diintegrasikan secara langsung dengan POS StoreHub, maka StoreHub Loyalty adalah pilihan terbaik untuk restoran anda.

Selain menawarkan harga yang lebih berpatutan, StoreHub Loyalty menyediakan set lengkap ciri-ciri yang menyokong perjalanan pelanggan dari awal hingga akhir. Ia membolehkan anda menyesuaikan dan menawarkan promosi, mengumpul data pelanggan melalui pelbagai saluran, mengakses data masa nyata serta menghantar SMS automatik – semuanya dalam satu platform.

Lebih daripada itu, anda juga dapat menikmati 30+ ciri lain dengan POS StoreHub, termasuk pengurusan inventori, pengurusan kakitangan, pengurusan pelbagai lokasi, dan Webstore.

Tonton video di bawah atau tempah demo PERCUMA dengan kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut!

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com