WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Tips & Tricks » 5 Cara Naik Sales Untuk Bisnes Restoran & Kafe Malaysia 2023

5 Cara Naik Sales Untuk Bisnes Restoran & Kafe Malaysia 2023

Bahagian luar kedai kafe

Orait, dulu kami dah kongsi tips marketing online untuk naikkan sales bisnes anda.

Kali ni pula kami akan kongsi 5 cara untuk naik sales bagi bisnes restoran dan kafe!

Anda akan belajar:

  • Cara dapatkan customer dengan mudah
  • Cara tarik pelanggan dengan program ganjaran kesetiaan
  • Teknik jualan untuk bisnes F&B
  • Cara design menu untuk tingkatkan sales
  • 3 saluran jualan (sales channel) utama

1. Tarik customer baru dengan strategi menarik

Melayari menu dan membuat pesanan makanan menggunakan telefon.

Kenapa ada je kafe-kafe yang senang mendapat customer?

Mungkin rezeki, tapi mungkin just sebab strategi marketing mereka yang menarik! 

Jadi sekarang ni kami nak kongsi beberapa cara untuk menarik pelanggan baru ke restoran atau kafe anda:

2.  Tarik balik pelanggan lama anda

Wanita sedang menggunakan telefon di kaunter.

Tahu tak, kos untuk dapatkan pelanggan baru adalah 5 – 25 kali lebih mahal berbanding dengan kos menyimpan pelanggan lama anda?

Dan dari data kami di StoreHub, kami mendapati bahawa pelanggan lama biasanya akan berbelanja sehingga 3 kali lebih daripada pelanggan baru.

Jadi ianya amat penting bagi anda untuk menggalakkan pelanggan baru anda untuk pulang kembali ke kafe/restoran anda.

Idea-idea ini boleh membantu anda memupuk kesetiaan pelanggan:

  • Tawar program pelanggan setia
  • Jalankan hari promosi istimewa bagi pelanggan setia anda (Buy 1 Free 1, 30% diskaun untuk seluruh bill)
  • Berikan makanan/minuman percuma seperti aiskrim atau kek pada hari jadi pelanggan setia anda
  • Tawar promosi makanan pada waktu tertentu seperti masa makan tengahari
  • Jadi hos atau penaja venue untuk event seperti malam trivia, Tahun Baru, dan sebagainya

Pelanggan-pelanggan anda akan merasa lebih dihargai apabila menerima notifikasi promosi istimewa ini. Hal ini dapat mendorong mereka untuk kembali ke kedai atau restoran anda tanpa mengambil tempoh yang panjang.

Dengan menggunakan StoreHub Engage, anda juga boleh menghantar SMS tentang pulangan tunai (eCashback), promosi hari jadi, dan tawaran khas kepada pelanggan secara automatik. Ganjaran istimewa melalui SMS ini boleh mendorong pelanggan untuk kembali membeli dan menjamu selera di restoran atau kafe anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Engage, tonton video pendek di bawah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Engage, tonton video pendek di bawah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar PERCUMA tentang cara-cara memupuk kesetiaan dan kepuasan pelanggan!

Anda juga akan menerima percubaan PERCUMA selama 1 bulan (1-month trial) untuk dan 200 kredit SMS secara PERCUMA dengan StoreHub Engage.

3. Gunakan pelbagai saluran jualan

Pizza di pinggan dan kotak pizza.

Bagaimana boleh orang beli makanan anda sekarang?

Jangan berikan mereka satu cara saja.

Berikan customer anda pelbagai cara untuk membeli daripada anda. 

Contoh saluran jualan:

  • Makan di dalam restoran atau kafe (dine-in) 
  • Ambil sendiri pesanan makanan (pick-up)
  • Penghantaran makanan (food delivery)
  • Sistem pesanan makanan QR seperti QR Order and Pay (QR food ordering system)

Ini membolehkan anda mendapat lebih banyak pesanan daripada pelbagai jenis pelanggan, di mana saja mereka berada.

Best kan?

TIP: Untuk jimatkan masa dan tenaga anda daripada mengurus beberapa saluran jualan yang berbeza, gunakan sistem bisnes semua-dalam-satu seperti StoreHub yang menggabung sistem POS, pesanan makanan, penghantaran makanan, ecommerce, dan lain-lain lagi – semua dalam hanya satu platform.

4. Buat audit aliran operasi kafe/restoran anda

Pemilik menyajikan kopi dan pastri kepada pelanggan dengan senyuman.

Table turnover rate merupakan suatu sukatan yang amat penting bagi kafe/restoran anda.

Apa itu table turnover rate?

Table turnover rate merupakan nisbah pelanggan yang dilayan dengan jumlah tempat duduk di kedai anda.

Cara kira table turnover rate

1. Pilih tempoh pengukuran seperti:

  • Makan pagi 10am – 11pm
  • Makan tengahari 12pm – 2pm
  • Makan petang 3pm – 5pm
  • Makan malam 6pm – 10pm

2. Dalam suatu tempoh pengukuran, kira berapa kumpulan pelanggan yang boleh anda dilayan bagi setiap meja, dari masa mereka duduk, pesan, makan, bayar, dan tinggalkan kafe/restoran anda.

Berapa kumpulan orang yang sempat anda layan bagi setiap tempoh pengukuran?

10 kumpulan orang pelanggan untuk makan pagi? 30 kumpulan orang pelanggan untuk makan petang?

Semakin banyak pelanggan yang boleh anda dilayan, semakin tinggilah angka jualan anda.

Jadi sebagai seorang pemilik kafe/restoran, anda perlu memastikan bahawa table turnover rate anda ialah pada angka yang optimum.

Terlebih dahulu, kira table turnover rate anda kini sebagai penanda aras.

Kemudian, cuba untuk tingkatkan dan stabilkan angka optimum table turnover rate anda.

Di sini beberapa tips untuk meningkatkan table turnover rate kafe/restoran anda:

  • Audit masa yang diambil dari mula sampai habis untuk melayan seorang pelanggan pada beberapa waktu penting seperti makan tengahari, makan malam, dan hujung minggu, untuk digunakan sebagai penanda aras aliran operasi anda
  • Jangan beri tempat duduk kepada kumpulan pelanggan yang tak cukup (contoh: booking untuk 5 orang, tapi hanya 2 orang yang sampai)
  • Naiktaraf operasi kafe/restoran anda dengan teknologi F&B seperti sistem StoreHub yang mempunyai feature seperti sistem pesanan meja dan sistem pesanan QR bagi mempercepatkan dan mempermudahkan aliran operasi anda
  • Jangan senaraikan terlalu banyak item dalam menu anda
  • Jangan terima tempahan tempat duduk pada waktu puncak
  • Cadangkan item menu yang cepat disediakan

5. Optimumkan menu anda untuk meningkatkan hasil jualan

Telefon bimbit yang memaparkan menu digital restoran.

Menu anda adalah satu aspek penting yang boleh meningkatkan hasil jualan restoran atau kafe anda.

Jadi jangan buat menu semata-mata.

Cara penyusunan informasi dan hidangan di dalam menu anda memainkan peranan penting. Ia boleh menentukan sama ada hidangan anda laris dijual.

Ikutlah tips ini untuk meningkatkan mutu menu anda:

  • Tawarkan menu online
  • Tambah ikon di tepi item yang anda rekomen
  • Gunakan warna dan stail font yang relevan (San Serif untuk stail moden)
  • Gunakan perkataan adjektif yang menarik dalam deskripsi makanan anda seperti lembut, berlemak, segar, rangup, berkrim, pedas, manis)
  • Tawarkan kombo (bina pasangan item profit tinggi yang kurang jualan bersama item yang profit rendah yang paling laris)
  • Jangan gunakan simbol mata wang (e.g.: RM, $)
  • Susun item margin rendah di belakang
  • Sudut kanan atas menu ialah bahagian menu yang biasanya selalu dipandang jadi susun item yang paling anda ingin jual di situ
  • Gunakan menu berbeza untuk makanan dan minimum agar mudah untuk dibaca

Naik taraf perniagaan F&B anda dengan StoreHub!

Restoran-restoran di Malaysia seperti Karnivor Malaya telah memperolehi pelbagai manfaat melalui penggunaan teknologi StoreHub seperti Engage dan QR Order & Pay. Lihat bagaimana restoran yang menyediakan menu brisket daging salai di Shah Alam ini berjaya meningkatkan tahap efisiensi operasi mereka melalui ekosistem POS StoreHub.

Jadi seperti Karnivor Malaya dengan mencuba petua-petua di atas untuk tingkat jualan F&B anda. Selamat berjaya!

StoreHub's POS ecosystem in Malaysia

Kembangkan perniagaan anda dengan sistem semua-dalam-satu POS StoreHub!

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com