WhatsApp our business consultants: +601117225000
Home » StoreHub Stories » Bagaimana Restoran Makanan Indonesia ini Survive Ketika Pandemik
a

Bagaimana Restoran Makanan Indonesia ini Survive Ketika Pandemik

Semenjak mula beroperasi pada April 2019, Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan menghidangkan pelbagai jenis makanan Sunda, Indonesia untuk orang ramai. Rajanya sambal, jaguhnya talapia, topnya ayam kampung merupakan slogan Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan di Sepang. 

Kelazatan hidangan serta khidmat pelanggan yang terbaik menyebabkan restoran ini mendapat rating yang amat memberangsangkan (4.4 rating di Google Review). Namun, penularan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan restoran ini. 

Pengurus Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan, Melati Hatta, atau lebih dikenali sebagai ‘Tante Mel’ berkata masalah utama yang dihadapi oleh beliau apabila terpaksa mengurangkan jumlah pekerja kerana kekangan kewangan pada ketika itu.

“Perniagaan kami amat terkesan disebabkan pandemik sehingga kami perlu downsize manpower kerana tak dapat bayar gaji pekerja” katanya sambil ditemu ramah ketika penggambaran di Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan tempoh hari.

1. Masalah Perniagaan dan Jurang Teknologi

Tante Mel akui bahawa mengendalikan perniagaan terutamanya di musim pandemik tidak mudah seperti yang dijangkakan. Pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil untuk memastikan perniagaan Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan dalam keadaan stabil. Akhirnya, Tante Mel menemui jalan penyelesaian iaitu dengan menggunakan QR Order & Pay.

Tante Mel juga berkongsi pada awalnya suami beliau agak teragak-agak untuk menggunakan sistem QR Order & Pay untuk perniagaan mereka. Ini kerana, sebagai sebuah restoran casual dining, mereka perlu mengekalkan tradisi melayan pelanggan di meja makan. 

Untuk memastikan perniagaan Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan tidak terus menanggung kerugian, Tante Mel telah berjaya memujuk suami beliau untuk menggunakan QR Order & Pay. Sistem ini ternyata dapat menyelesaikan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi oleh mereka. 

Namun, masih ada segelintir peniaga F&B yang masih meragui akan kebaikan teknologi pada masa kini. Oleh itu, timbul tanda tanya sama ada jurang teknologi antara generasi tua dan muda telah menjejaskan operasi perniagaan para peniaga. 

2. Kepentingan dan Kebaikan Teknologi

Menurut Tante Mel, mutu khidmat pelanggan Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan telah meningkat sejak mereka menggunakan sistem QR Order & Pay. Pelanggan dapat memilih untuk membayar secara online atau di kaunter pembayaran.

Selain itu, QR Order & Pay bukan sahaja menyenangkan pelanggan untuk melihat menu dan membuat pesanan melalui telefon pintar, malah kadar penyebaran virus COVID-19 melalui sentuhan di menu makanan juga dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, Tante Mel dan para pekerja dapat melayan pelanggan di meja makan tanpa perlu risau akan masalah kekurangan tenaga kerja. Ini menunjukkan bahawa jurang teknologi antara generasi tua dan muda telah berkurang dan peningkatan pengetahuan teknologi di kalangan peniaga veteran telah pun meningkat. 

Teknologi semestinya dapat meringankan beban operasi perniagaan para peniaga di samping menjimatkan kos operasi. Penggunaan teknologi seperti QR Order & Pay amat relevan untuk digunakan pada masa kini.

3. Keberanian dan Kerja Keras Kunci Kejayaan Menguruskan Restoran  

Tante Mel bukan sahaja seorang peniaga F&B, malah beliau juga merupakan konsultan HALAL, jurulatih HRDC dan mentor PUNB untuk tahun 2022. Jadi tidak hairanlah panggilan Tante Mel tidak lokek di sebut di mulut para peniaga F&B di Malaysia. 

Bermula dengan menjual nasi lemak sehingga berjaya membina empayar perniagaan tersendiri, Tante Mel yakin di samping usaha dan keyakinan, cekal, tabah dan tegap perlu disemat dalam diri setiap peniaga F&B untuk terus maju dalam perniagaan mereka. 

Memetik  mutiara kata Luqman Al Hakim, “usaha tanpa keyakinan akan menemui kegagalan dan keyakinan tanpa usaha adalah perbuatan yang sia-sia” membuatkan Tante Mel berani dan yakin untuk menempuhi segala cabaran dalam perniagaan. 

Sesuai dengan peredaran zaman, Tante Mel yakin teknologi mampu melancarkan sistem operasi perniagaan dan meningkatkan hasil jualan para peniaga F&B di Malaysia. 

Bak kata orang, tak cuba maka tak tahu.

Jadi jangan takut untuk mencuba dan menggunakan sistem QR Order & Pay seperti Tante Mel. 

Klik di sini untuk demo PERCUMA!

Recent Comments

    Share this Post

    Share on facebook
    Share on twitter
    Share on linkedin
    Share on pinterest
    Share on print
    Share on email

    Read these next

    ⏳ Limited-time only! Get up to 80% OFF POS Hardware!Hurry! Only for the first 150 customers!

    ✔️ Manage your orders, sales, and payments all in one place

    ✔️ Manage your store inventory and streamline kitchen operations

    ✔️ Track and monitor your store performance with detailed analytics 

    ... and so much more! T&C Apply. Get it now!👇 

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com