2019 food trends

7 Tips Marketing Online Untuk Tingkatkan Sales Bisnes Kecil Anda

Kenapa sales turun? 

Kenapa sales gagal naik?

Ini antara soalan-soalan yang kami selalu dengar daripada para usahawan atau pemilik bisnes kecil. Nak tahu cara tingkatkan sales kedai anda? Jom baca selanjutnya!

Kami akan kongsi 7 tips cara tingkatkan jualan dengan menggunakan online marketing. Anda akan belajar: 

  • Cara menarik pelanggan di Facebook
  • Cara naikkan sales di Instagram
  • Cara membuat promosi atau pemasaran melalui email
  • Cara gunakan online marketing untuk gandakan sales anda

1. Jual produk/servis anda melalui Facebook Live

celebrate-celebration-cheers

Kini, banyak orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live.

Ini adalah cara pemasaran produk di FB yang amat popular sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial.

Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda. Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih macam iPhone 8 dan tripod untuk membuat video Facebook Live pertama anda.

Sebelum membuat siaran Live di FB, sila pastikan bahawa anda ada:

  • connection Internet yang laju
  • penolong untuk standby bagi menjawab sebarang soalan/komen di ruangan komen video Live anda
  • tripod yang stabil untuk smartphone anda

Nak tarik penonton untuk siaran FB Live anda? Gunakan tips ini:

  • Buat pengumuman awal di Facebook mengenai siaran Live anda yang akan datang supaya penonton anda boleh bersedia dan mengosongkan jadual mereka untuk mengikuti siaran anda
  • Tambah description yang menarik supaya penonton anda tahu apa yang anda ingin jual
  • Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow page Facebook anda untuk video dan post lain daripada anda semasa siaran FB Live anda
  • Libatkan penonton anda dalam Live anda dengan memberi respon kepada sesiapa yang komen di video anda
  • Tamatkan siaran anda dengan CTA (Call To Action), iaitu arahan yang diberikan kepada penonton anda mengenai sebarang tindakan susulan yang anda ingin mereka lakukan seperti: “PM saya untuk maklumat lanjut”, “sila ikuti kami untuk video seterusnya”, dan lain-lain lagi.

2. Gunakan Instagram sebagai platform branding

preparing strawberry carrot on table

Instagram ialah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.

Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi brand anda. Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka.

Anda juga patut berbuat demikian!

Satu trend yang amat popular sekarang ialah Instagram Story.

Ramai pengguna Instagram kini suka layan IG Story dan IG TV. Jadi kedua-dua ciri Instagram ini amat bagus untuk brand awareness. Anda boleh post video tentang cara menggunakan produk anda atau video tips yang relevan seperti “5 cara pakai tudung bawal”.

Tips untuk padukan akaun Instagram bisnes anda:

  • Tukar akaun Instagram anda dari akaun Personal ke Business (Settings > Account > Switch to Business Account) supaya anda boleh tambah alamat, emel, dan nombor telefon anda di bio anda
  • Isikan description yang singkat dan jelas mengenai bisnes anda di bio anda
  • Letak link kedai online anda di bio anda
  • Masukkan branded hashtag (hashtag yang biasa digunakan untuk promosikan bisnes anda) dalam bio anda
  • Gunakan visual yang konsisten agar akaun Instagram anda mudah dikenali oleh followers anda
  • Like atau tinggalkan komen di gambar/video akaun yang dimiliki oleh target audience anda
  • Gunakan sekurang-kurangnya 15 hashtag yang relevan untuk setiap gambar/video yang anda post

Dan akhirnya, tip yang paling penting untuk strategi marketing Instagram yang mantap ialah… jangan beli followers.

Angka follower yang tinggi mungkin nampak cantik, tapi tiada maknanya jika followers tersebut tidak relevan dengan bisnes anda. Jangan pentingkan nombor followers, pentingkan content dan engagement (likes, shares, comments) yang berkualiti.

3.  Hantar email kepada pelanggan anda

hand holding vegetables

Suatu lagi teknik pemasaran online yang amat penting digunakan oleh mana-mana bisnes ialah email marketing.

Penggunaan emel bagi tujuan pemasaran sebenarnya amat bagus bagi bisnes kecil kerana ianya:

  • efektik untuk membina hubungan dengan pelanggan anda
  • murah lagi berbanding ads di FB, IG, akhbar, papan iklan, dan sebagainya

Anda hanya perlu daftar dengan sistem autoresponder seperti MailChimp dan GetResponse yang akan membantu menghantar emel berjadual kepada pelanggan anda secara automatik berdasarkan masa/aktiviti mereka.

Antara jenis-jenis emel yang bisnes anda boleh hantar ialah:

  • Welcome emel – untuk mengalu-alukan pelanggan baru bagi membina hubungan dengan mereka
  • Emel promosi – untuk mengumumkan pelancaran jenama atau produk baru ataupun untuk menawarkan pilihan produk lain
  • Emel diskaun – untuk menggalakkan pembelian
  • Emel follow up – untuk membuat susulan bagi setiap pembelian
  • Emel newsletter – untuk mengongsi maklumat berguna dan relevan kepada pelanggan/subscriber anda
  • Emel testimoni –  untuk membuktikan keberkesanan produk anda

4. Gunakan Facebook Group untuk bina komuniti bagi jenama anda

coffee cups on table

FB Group semakin popular sehingga Facebook sendiri telah membuat pengumuman di persidangan F8 2019 bahawa mereka akan mengutamakan tab Group, yang akan muncul sebagai recommendation berdasarkan engagement (like, comment, dan lain-lain) pengguna Facebook.

Jadi makin ramai bisnes menyertai atau membina group FB yang relevan untuk target audience mereka.

Tapi, sebelum anda berbuat demikian, anda perlu tahu terlebih dahulu fungsi FB Group dan cara orang ramai menggunakannya.

Sebab kenapa orang join FB group yang tertentu ialah untuk:

  • mendapat maklumat yang berguna
  • menyertai komuniti yang berkongsi minat yang sama

Tapi ingat, jangan promote bisnes anda di FB Group anda. Matlamat anda ialah untuk membina engagement dan memberikan target audience anda suatu tempat untuk berkongsi pendapat.

FB Group tidak sesuai untuk hard sell, tetapi sesuai untuk soft sell.

Hard sell ialah cara menjual dengan menggunakan bahasa yang seolah-olah memaksa bakal pelanggan anda untuk membeli barangan anda. Sebaliknya, soft sell menggunakan bahasa yang lebih kepada cara bercerita, seolah-olah anda tidak sedang menjual sesuatu produk.

Gunakan FB Group untuk membina jenama anda melalui pemberian maklumat yang betul dan berguna, sehingga anda menjadi jenama yang dipercayai bakal pelanggan anda.

5. Gunakan content marketing untuk jual secara “soft sell” 

appetizer-bowl-delicious

Content marketing amat penting zaman sekarang.

Kenapa?

Sebab, penggunaan ad tidak begitu berkesan seperti dulu.

Kini, orang ramai selalunya tidak memberi tumpuan kepada ad yang dipaparkan kepada mereka, malah, mereka juga mempunyai kuasa untuk tutup iklan yang dipaparkan di komputer dan phone mereka.

Jadi, content marketing telahpun menjadi strategi banyak bisnes untuk menguatkan branding dan meningkatkan sales mereka.

 Apa itu content marketing?

Content marketing ialah strategi pemasaran yang menggunakan info yang relevan dan bermanfaat untuk menarik pelanggan dan bakal pelanggan bagi mendorong mereka menjadi pelanggan setia ataupun pelanggan baru anda.

Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah blog, post FB, video, infografik dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti blog tips penjagaan muka, infografik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.

Tips untuk strategi content marketing bisnes anda:

  • Pastikan anda tahu siapa target audience anda supaya anda boleh memberikan mereka content yang relevan
  • Gunakan pelbagai format untuk content anda – blog, video, emel, podcast, dan lain-lain lagi
  • Berikan tips yang berkait rapat dengan bisnes dan target audience anda
  • Gunakan bahasa audience anda dan bukannya bahasa yang terlebih formal

6. Bina jenama peribadi anda melalui media sosial

appetizer-bowl-delicious

Adakah anda lebih cenderung membeli produk daripada pemilik bisnes yang mempunyai jenama peribadi yang kuat?

Contoh penjenamaan peribadi yang berjaya termasuk Dato’ Aliff Syukri, pengasas D’Herbs Healthy, dan Dato’ Sri Vida, pengasas Qu Puteh.

Salah satu sebab kenapa bisnes mereka amat berjaya ialah kerana mereka merupakan pemilik bisnes dengan jenama peribadi yang hebat.

Pengguna media sosial pasti akan mengikuti personaliti kegemaran mereka. Dan personaliti tersebut boleh menggunakan peluang ini untuk menjual produk mereka. Dan anda juga boleh berbuat demikian!

Untuk membina jenama peribadi yang berjaya di media sosial, anda perlu:

  • tahu diri anda sendiri dan jangan berpura-pura menjadi orang lain
  • post content yang relevan dengan kerap dan konsisten
  • mengadakan perjumpaan atau aktiviti networking bersama target audience anda
  • kongsi pengalaman peribadi anda
  • kongsi foto yang cantik dan berkualiti tinggi

7. Daftarkan bisnes anda di Google secara percuma dengan Google My Business

appetizer-bowl-delicious

Google My Business ialah servis percuma yang membantu anda menguruskan profil anda di Google. Ianya bagai direktori online bagi bisnes lokal.

Setiap bisnes mesti ada profil bisnes di Google.

Jika anda daftar untuk profil Business di Google, bisnes anda akan terpapar di Google Maps and Google Search, dua fungsi utama yang orang ramai gunakan zaman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai sesuatu bisnes.

Anda akan dapat laman web asas percuma, dan anda juga boleh kongsi update dan info di profil anda supaya anda boleh simpan pelanggan tetap anda dan boleh menarik pelanggan baru.

Anda juga boleh menambah customer loyalty bisnes anda melalui ciri review di Google My Business. Review oleh pelanggan anda mampu membina kredibiliti untuk jenama anda. 

Antara butiran yang anda boleh berikan di profil Business anda ialah:

  • Nombor telefon
  • Arah ke kedai anda
  • Link laman web
  • Hari dan waktu operasi

Kami harap segala info yang diberikan hari ini bermanfaat bagi bisnes anda. Selamat maju jaya! 

Tingkatkan Bisnes Anda Dengan StoreHub!

StoreHub POS system

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana sistem POS StoreHub boleh bantu anda menguruskan dan mengembangkan bisnes anda.