WhatsApp our business consultants: +601117227604

Covid-19 Malaysia: StoreHub Perkasa Servis Penghantaran

Cover_BM_SH perkasa food delivery

Dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dalam negara,Malaysia telah membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang tempoh ini; semua premis perniagaan kecuali perkhidmatan penting negara, ditutup.

Walaupun lanjutan ini perlu diambil untuk memastikan penularan wabak terkawal, tempoh ini semestinya akan memberi impak lebih besar kepada peniaga kecil dan sederhana (SME)tempatan, terutamanya bisnes F&B. 

Apakah maksud Perintah Kawalan Pergerakan bagi perniagaan F&B di Malaysia?

Malaysia mempunyai kira-kira 900,000 SME berdaftar.

Hampir 20% dari jumlah tersebut merupakan bisnes F&B. Malahan, separuh daripada perniagaan yang menggunakan sistem StoreHub adalah restoran dan kafe.

Perniagaan-perniagaan ini akan kehilangan sejumlah berbilion ringgit sepanjang tempoh kawalan pergerakan – seterusnya menyebabkan beberapa bisnes akan lingkup.

Akan tetapi, masih ada sinar harapan.

Ini kerana, servis penghantaran makanan masih dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Oleh itu, seawal satu jam selepas pengumuman YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 jam 11 malam, pasukan StoreHub segera bekerja mengejar satu matlamat – #SaveOurStores.

Beep Delivery membolehkan bisnes F&B mengendalikan servis penghantaran makanan sendiri

StoreHub bekerjasama dengan beberapa penyedia logistik utama Malaysia seperti LalamoveGoGet dan ZeptoExpress untuk membolehkan perniagaan F&B menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan sendiri.

Ia dinamakan Beep Delivery.

Beep Delivery merupakan ciri terbaru dalam ekosistem StoreHub yang membolehkan rakyat Malaysia membuat pesanan makanan secara online dari restoran dan kafe kegemaran mereka.

Ini membantu mengekalkan operasi perniagaan F&B dan memberi rakyat Malaysia akses kepada kafe atau restoran tanpa perlu meninggalkan rumah.

Seluruh pasukan StoreHub telah berusaha keras memastikan ia boleh diguna pakai oleh perniagaan F&B dengan segera.

Bagaimana Beep Delivery berfungsi?

Beep Delivery food delivery feature F&B cafe restaurant SME StoreHub point of sale POS system

Beep Delivery merupakan servis penghantaran makanan yang pasti membuat anda dan pelanggan anda jatuh hati!

Ciri ini akan membolehkan anda mengendalikan servis penghantaran makanan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia khidmat penghantaran di pasaran.

Bagaimana ia berfungsi?

Selepas mendaftar dengan Beep Delivery, restoran atau kafe akan menerima pautan unik ke laman web yang boleh dikongsi bersama pelanggan mereka. 

Di laman web tersebut, pelanggan boleh:

  1. Pilih antara pengambilan sendiri atau penghantaran
  2. Mengakses menu dan membuat pesanan secara online
  3. Masukkan alamat dan maklumat penghantaran
  4. Buat bayaran menggunakan kad kredit, perbankan dalam talian atau e-wallet
  5. Terima makanan dan jamu selera!

Tonton video singkat di bawah untuk lihat demo bagaimana ia berfungsi:

 

 

Bagaimana perniagaan F&B anda boleh sertai Beep Delivery?

Untuk pengguna StoreHub,
Isi borang ini dan mula dengan SEGERA!

Anda bukan pengguna StoreHub?

Ingin mula menerima pesanan online dan menghantar makanan pada pelanggan?

Beep Delivery F&B store shop food delivery feature point of sale POS system StoreHub

Share this Post

Hey there! Please enter your store name.

.storehubhq.com